Tentang Kami

Siapa Kami?

Klikjer.com bermula pada tahun 2009 sebagai projek "sambilan" oleh founder kami, Mohd Suhaimy (lebih dikenali sebagai Shuth). Ketika itu, beliau hanya ingin membantu rakan beliau menjual ebook secara online.

Tanpa disangka, inisiatif kecil itu mula menarik minat ramai penulis dan pembaca tempatan. Dari sekadar projek hobi, Klikjer berkembang menjadi sebuah platform penerbitan ebook berbahasa Melayu yang profesional — dan sejak tahun 2017, ia diuruskan secara rasmi di bawah Klikjer Publishing.

Hari ini, Klikjer menjadi salah satu penerbit digital tempatan yang dipercayai ramai, membantu penulis tempatan berkongsi ilmu yang benar-benar praktikal kepada ribuan pembaca di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kami fokus kepada ilmu yang tidak diajar di sekolah atau universiti, tetapi sangat penting untuk orang dewasa menghadapi cabaran kehidupan sebenar seperti mengurus kewangan, memulakan perniagaan kecil, membina kerjaya digital serta memperbaiki taraf hidup dengan cara yang realistik dan berkesan.

 

Apa Yang Kami Lakukan

Kami membantu individu menukarkan ilmu, pengalaman dan kepakaran mereka menjadi produk digital, khususnya dalam bentuk ebook panduan praktikal.

Setiap ebook di Klikjer disemak, disunting, dan dinilai berdasarkan kerangka khas penerbitan kami yang dinamakan “POWeR Framework”, iaitu:


P – Practical
: Ilmu yang boleh diamalkan secara nyata dan memberi hasil sebenar.
O – Organized : Disusun dengan langkah yang jelas dan mudah diikuti.
W – Well-Explained : Diterangkan dengan bahasa mudah, sesuai untuk semua peringkat pembaca.
R – Real : Berdasarkan pengalaman sebenar penulis, bukan teori semata-mata.

Kami percaya, ebook yang baik bukan sekadar menarik dibaca — tetapi mesti berfungsi dalam kehidupan pembaca.
Antara topik yang menjadi keutamaan kami untuk diterbitkan meliputi bidang:

  • Bisnes & Keusahawanan

  • Kewangan & Pelaburan

  • Kerjaya & Kemahiran Digital

  • Gaya Hidup & Keluarga

Kami juga menawarkan program affiliate percuma, membolehkan sesiapa sahaja menjana pendapatan dengan mempromosikan ebook-ebook Klikjer — menjadikan ilmu bukan sekadar dikongsi, tetapi juga membawa manfaat ekonomi kepada semua pihak.

Misi Kami

Untuk memudahkan rakyat Malaysia berkongsi dan memperoleh ilmu praktikal melalui platform digital — agar lebih ramai orang dapat menambah nilai hidup dan menjana pendapatan dengan cara yang mudah, sah, dan bermanfaat.

Visi Kami

Menjadi platform penerbitan digital nombor satu di Malaysia, yang menghubungkan penulis dan pembaca melalui ilmu sebenar dan inspirasi kehidupan.



Sertai Kami

Di Klikjer, kami membuka ruang untuk setiap individu — sama ada anda mahu belajar sesuatu yang baru (pembaca), berkongsi kepakaran anda (penulis), atau membina pendapatan melalui program affiliate. Inilah tempat di mana peluang untuk berkembang sentiasa terbuka.

Klikjer Publishing (002746251-P)
Bandar Baru Bangi,  43650, Selangor. Malaysia.
+601133050950