Tutorial Pembelian Menerusi Billplz

Anda akan mendapat link download ebook secara serta-merta selepas proses bayaran selesai.

Berikut adalah panduan membuat pembelian ebook di klikjer dengan menggunakan kaedah bayaran Billplz.

1. Selepas anda klik pada butang “Dapatkan Sekarang” di website sesebuah ebook, anda akan dibawa terus ke halaman “chekout”

2. Ada 4 kaedah bayaran yang disediakan, iaitu menerusi Billplz, Credit Card,  Paypal dan juga Bankin. Sila pilih Billplz.

3. Masukkan maklumat anda seperti nama, email dan no telefon. Kemudian, tekan butang “Purchase” yang berwarna oren.

4. Anda akan dibawa ke halaman pembayaran di website Billplz seperti dibawah.
Disini, anda boleh pilih bank yang anda mahu gunakan dengan klik pada logo bank tersebut. Dalam contoh ini, kami menggunakan bank CIMB (lihat anak panah merah)

5. Sila pilih bank pilihan anda, tekan butang “PAY” yang bewarna biru.

6. Anda akan dibawa terus ke website CIMB Clicks untuk login ke akaun anda seperti dibawah. Disini anda boleh login seperti biasa menggunakan username dan password akaun cimb clicks anda.

7. Selepas login, anda akan melihat butiran jumlah bayaran seperti dibawah. Anda perlu membuat request TAC pada langkah ini.

8. Setelah anda dapat no TAC pada telefon anda, masukkan nombor tersebut dan klik butang “Continue with Transaction”

9. Tahniah! Proses pembelian menerusi Billplz sudah tamat! Anda kini sudah boleh memuatturun terus ebook yang anda beli! Klik pada nama ebook untuk muatturun ebook anda (lihat anak panah merah)

10. Anda juga boleh menyemak email anda. Satu salinan email yang mengandungi link download juga turut telah dihantar ke email anda. Jika anda tidak menjumpai email tersebut di inbox email anda, cuba juga semak di dalam folder “SPAM” atau “Promotion Tabs”.