Anak Masuk Universiti
Kereta kecil untuk bergerak dari kolej ke kelas, membeli barang atau balik hujung minggu.
Sebelum anda tambah satu lagi komitmen bulanan, ketahui satu alternatif mendapatkan kenderaan yang mungkin selama ini anda tak pernah pertimbangkan — kenderaan lelong.
Pelajari bagaimana mencari, menyemak dan memahami proses membeli kenderaan lelong, walaupun anda tak pernah masuk lelong sebelum ini.
Kereta kecil untuk bergerak dari kolej ke kelas, membeli barang atau balik hujung minggu.
Lebih mudah untuk pasangan mengurus anak, kerja dan aktiviti harian tanpa berebut kereta.
Ke kedai, masjid atau urusan dekat-dekat tanpa perlu keluarkan kereta utama.
Kalau kegunaannya begitu, berbaloi ke tambah satu lagi komitmen bulanan?
Di bawah ialah contoh listing kenderaan lelong. Harga ini ialah contoh lama untuk menunjukkan julat yang pernah ditawarkan.





*Contoh berdasarkan listing lama yang dibekalkan bersama bahan produk. Harga, keadaan dan keputusan bidaan sebenar berbeza.
Bajet yang disediakan sekitar RM10,000. Kemudian anda ternampak sebuah kenderaan lelong dengan harga yang masuk dalam bajet.
Apa patut dibuat? Terus bida?
Tidak. Harga murah hanyalah permulaan. Anda masih perlu tahu harga pasaran, keadaan kenderaan, laporan yang tersedia, kos pembaikan dan berapa harga maksimum yang masih berbaloi.
Membeli kenderaan lelong bukan tentang mencari kereta PALING MURAH.
Ia tentang mencari kenderaan yang BERBALOI.Antara kenderaan yang masuk ke lelongan ialah kenderaan yang ditarik selepas pemilik gagal meneruskan pembayaran ansuran. Status “lelong” itu sendiri tidak bermaksud semua kenderaan rosak.
Ada yang elok. Ada yang perlukan sedikit touch-up. Ada yang perlukan pembaikan. Dan memang ada yang lebih baik kita jangan bida langsung.
Matlamatnya ialah menang pada harga yang masih masuk akal.
Apabila bidaan mula rancak, mudah untuk anda terbawa-bawa emosi. Sebab itu "harga pasaran" dan "had maksimum bidaan" patut anda tetapkan sebelum bidaan bermula. Kalau sudah tidak berbaloi, lepaskan.
Prosedur membeli kenderaan lelong memang berbeza daripada masuk showroom used car dan memohon pembiayaan seperti biasa. Selepas menang bidaan, baki perlu diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan pihak pelelong.
Tetapi itu juga tidak bermaksud semua orang masuk lelong untuk mencari kereta RM50,000.
Mungkin anda cuma mencari kereta kecil, kereta lama atau motosikal yang sesuai dengan simpanan dan kegunaan keluarga.
Sebab itulah panduan ini disediakan.
Panduan langkah demi langkah membeli kenderaan lelong untuk mereka yang tak pernah masuk lelong sebelum ini.
Bukan sekadar senarai tempat lelong. Panduan ini membawa anda melalui keseluruhan perjalanan — daripada mula mencari sehingga proses selepas menang.
Kenali asas dunia kenderaan lelong sebelum mengeluarkan wang.
Fahami apa yang membuatkan pasaran ini menarik untuk diterokai.
Kenali risiko dan perkara yang patut diberi perhatian sebelum membida.
Ketahui sumber dan lokasi untuk mula mencari kenderaan.
Cari listing melalui internet dengan lebih tersusun.
Pengenalan kepada proses berkaitan pendaftaran lelongan JPJ.
Ketahui proses berkaitan lelongan Kastam.
Viewing, semakan, deposit dan persediaan sebelum hari bidaan.
Fahami proses bidaan dan kepentingan menetapkan had.
Ketahui perkara yang perlu dilakukan selepas berjaya membida.
Gambaran proses pemeriksaan berkaitan kenderaan lelong.
Langkah seterusnya sehingga urusan pertukaran hak milik selesai.
Anda turut menerima panduan tambahan mengenai asas car flipping — memilih kenderaan, mengambil kira kos baik pulih, menentukan harga jualan dan medium menjual.
Ini bonus, bukan sebab utama anda perlu membeli panduan ini. Belajar dahulu bagaimana mendapatkan kenderaan untuk kegunaan sendiri. Kalau suatu hari nampak peluang lain, anda sudah ada asasnya.
*Sebarang hasil atau keuntungan bergantung kepada banyak faktor dan tidak dijamin.Katakan tersilap membida RM1,000 lebih tinggi. Tak perasan tiada kunci. Tak mengambil kira kos pembaikan. Atau tak tahu apa perlu dibuat selepas menang.
Kesilapan kecil ketika membeli sesuatu yang bernilai ribuan ringgit boleh menjadi mahal.

🔒 Akses digital dihantar selepas pembayaran berjaya
JAMINAN KEPUASAN 30 HARI
Permohonan refund boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas pembelian jika anda tidak berpuas hati dengan produk, tertakluk kepada polisi yang dinyatakan di halaman ini.
Ya. Panduan ini memang disusun untuk membantu orang baru memahami proses daripada asas hingga urusan selepas menang.
Boleh. Antara kegunaan panduan ini ialah membantu individu memahami pembelian kenderaan lelong untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
Tidak semestinya. Keadaan setiap kenderaan berbeza. Sebab itu panduan menerangkan perkara seperti POS, laporan pemeriksaan jika tersedia, viewing dan perkara yang patut diperhatikan sebelum bidaan.
Ada contoh kenderaan yang ditawarkan pada harga rezab lebih rendah daripada harga pasaran yang dirujuk. Namun tiada jaminan setiap kenderaan akan murah dan harga akhir bergantung kepada bidaan.
Tidak. Lelongan kenderaan berlaku di seluruh Malaysia. Dalam panduan ini kami kongsikan 29 lokasi lelong yang meliputi pelbagai negeri, jadi anda boleh mencari kenderaan yang lebih dekat dengan kawasan anda.
Pembeli perlu bersedia memenuhi kaedah dan tempoh pembayaran yang ditetapkan oleh pihak lelong. Sebab itu kemampuan kewangan perlu dirancang sebelum membida.
Anda boleh mendapatkan bantuan kenalan atau mekanik yang lebih arif ketika viewing jika perlu. Yang penting ialah tahu perkara yang patut diperiksa.
Link akses ebook akan dihantar secara automatik ke email selepas pembayaran disahkan berjaya. Pastikan alamat email yang digunakan semasa pembelian adalah tepat dan semak folder Spam/Junk jika email tidak kelihatan.
Supaya apabila peluang yang sesuai muncul, anda tahu apa yang sedang anda lihat, apa yang perlu diperiksa dan apa yang perlu dikira.
Dapatkan Rahsia Kenderaan Lelong — RM80 →