Tutorial Pembelian Menerusi Molpay

Anda akan mendapat link download ebook secara serta-merta selepas proses bayaran selesai.

Berikut adalah panduan membuat pembelian produk menerusi website klikjer.

1. Pastikan anda berada pada halaman produk yang anda ingin beli . Jika anda bersetuju dan sedia untuk membeli, klik pada butang oren yang bertulis “Order Now”

001

2. Ada 3 kaedah bayaran yang disediakan, sila pilih Molpay.

002

3. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.

003

4. Setelah selesai masukkan semua maklumat, klik pada butang “Purchase”

004

5. Anda akan dibawa ke website MOLPAY. Klik pada butang ungu “Pay Online Through FPX”.

005-molpay

6. Disini ada disediakan 13 channel bank . Anda boleh pilih salah satu bank yang anda mahu gunakan untuk buat bayaran. Sila pilih bank yang anda mempunyai akaun perbankan internet. (Untuk tutorial ini saya akan menggunakan CIMB)

006-molpay

7. Selepas klik pada bank “CIMB Clicks/ Maybank2u”, klik pula pada butang “Agree and Continue”.

007-molpay

8. Seterusnya, anda akan dibawa pula ke halaman bank. Anda perlu login ke akaun perbankan internet anda.

008-molpay

9. Selepas login, anda perlu pilih akaun bank anda dan request TAC number seperti biasa. Selepas anda menerima number TAC pada telefon anda, masukkan number TAC tersebut dan klik butang “Submit”

009-molpay

10. Langkah seterusnya, klik butang “Confirm”

010-molpay

11. Kemudian klik pada butang “Logout to Continue”

011-molpay

12. Jika ada popup box dipaparkan, anda hanya perlu klik pada butang ok sahaja!

012-molpay

13. Selepas itu anda akan dibawa kepada halaman ringkasan pembayaran anda. Anda boleh print resit disini jika mahu dan kemudian klik pada butang biru “Click Here to Complete Your Transaction”.

013-molpay

14. Kemudian, anda akan dibawa pula ke halaman Molpay semula. Disini anda boleh tebus mata ganjaran BCard jika anda memiliki kad tersebut. Jika tiada, abaikan sahaja dan scroll kebawah.

014-molpay

15. Klik butang “Back to Online Store”

015-molpay

16. Tahniah! Proses pembelian menerusi Molpay sudah tamat! Anda kini sudah boleh memuatturun terus ebook yang anda beli!

016-molpay

17. Anda juga boleh menyemak email anda. Satu salinan email yang mengandungi link download juga turut telah dihantar ke email anda.

017-molpay