Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, Ayat 45, Bahawa.. Solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, pada hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi masih lagi melakukan perkara-perkara yang buruk.
Mengapakah perkara ini boleh terjadi?
Para ulama telah membahaskan tentang perkara ini. Secara ringkas, kesimpulan bagi perbahasan tersebut, para ulama berpendapat, “Solat” yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah. Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya.
Hari ini, marilah kita ambil sedikit masa untuk menyemak semula amalan solat kita. Adakah ianya benar-benar sempurna dan sama sepertimana yang dilakukan oleh nabi kita Muhammad S.A.W.
Kerana nabi pernah berpesan… “Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat” hadis riwayat Bukhari & Muslim.
Apabila nabi bersolat, baginda akan mengerjakannya dengan penuh khusyuk, begitu juga dengan sahabat-sahabat nabi, mereka akan melakukan solat dengan penuh khusyuk.
Tetapi kita hari ini, apabila sedang melakukan solat, pelbagai perkara yang terlintas dan bermain di fikiran. Fikiran pun mula melayang-layang, pada ketika itulah juga pelbagai perkara akan mula diingati, dari perihal kerja pejabat, kepada perihal rumahtangga, hal kewangan, hal anak-anak dan pelbagai lagi.
Sedihnya… Amalan solat yang sepatutnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, menjadikan kita sebaliknya. Kita semakin jauh dengan Allah dan Allah pula benci kepada kita sewaktu kita sedang solat. Nauzzubillah min zalik.
Bagaimana Untuk Solat Dengan Lebih Baik & Sempurna?
Di dalam 13 rukun solat, terdapat 3 kategori rukun. Rukun fi’li (pergerakan), rukun qouli (bacaan) dan juga rukun qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang sempurna, ketiga-tiga elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.
Bacaannya perlu tepat dan diselami maksudnya, perbuatannya juga perlu selaras seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kesedaran, kehadiran dan tumpuan sepenuh hati ketika solat, akan menjadikan setiap solat yang dikerjakan penuh bermakna dan berbekas nikmatnya di dalam diri.
Jika semuanya itu dapat dilakukan dengan sempurna, insyallah, amalan solat kita diterima Allah dan benteng diri terhadap godaan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, dapat diperkukuhkan.
Ustaz Hasnan Mengupas Perkara Ini Dengan Lebih Mendalam..
Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, adalah merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat”.
Buku tersebut kini turut diterbitkan di dalam bentuk ebook dengan judul “Rahsia Solat”.
Di dalam ebook tersebut, pembaca akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan solat. Dari topik pengenalan tentang keistimewaan solat, kunci-kunci untuk khusyuk dalam solat, penerangan secara terperinci tentang maksud bacaan-bacaan dalam solat serta apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila seseorang itu dapat mengerjakan solat dengan sempurna dan terbaik.
Isi Kandungan Ebook “Rahsia Solat”
Berikut adalah senarai isi kandungan di dalam ebook tersebut. Ianya adalah setebal 95 mukasurat, dan di dalam format PDF.
Bab 1 : Hukum Solat
- Solat Di Sisi Fuqahak
- Keistimewaan Solat
- Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat
- Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat Selepas Mati
- Kedudukan Solat Dalam Kehidupan
- Enam Kunci Khusyuk Solat
- Faktor-Faktor Penting Yang Membawa Kepada Khusyuk Dalam Solat
Bab 2 : Bacaan-Bacaan Dalam Solat
- Doa Iftitah
- Al-Fatihah
- Tasbih Ketika Rukuk
- Tahmid Ketika Iktidal
Tasbih Ketika Sujud - Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud
- Doa Tasyahud/Tahiyyat
- Doa Qunut
- Amalan-Amalan Solat
- Beberapa Adab Solat
Bab 3 : Kesan Solat Yang Ditunaikan Dengan Sempurna Zahir Dan Batin
- Menghapus Segala Dosa
- Mendidik Anggota Mempraktikkan Akhlak Mulia Dan Menghalang Daripada
- Melakukan Perbuatan Keji Dan Mungkar
- Beroleh Ketenangan Dan Kerehatan
- Membangkitkan Semangat Melakukan Kerja Kebaikan Terutama Kewajipan
- Berhati-Hati Dalam Tindak Tanduk Seharian Dan Merasai Muraqabatullah
- Mendapat Petunjuk Allah Dalam Menentukan Hala Tuju Hidup Dalam Segala Aktiviti Yang Dilakukan
- Mengukuhkan Kesabaran Dan Keupayaan Menghadapi Cabaran
- Memperkukuhkan Tali Persaudaraan Dan Perpaduan
Turut Disertakan 4 Video Sesi Rakaman Bengkel Pemantapan Solat
Selain dari ebook, sebuah rakaman juga telah berjaya dibuat ketika Ustaz Hasnan mengendalikan “Bengkel Pemantapan Solat” kepada sebilangan pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia. Bengkel selama satu hari ini telah berjaya dirakamkan dan dipecahkan kepada 4 buah video.
Video 1 : Pengenalan Tentang Solat
Di dalam video ini Ustaz Hasnan mengupas tentang rahsia-rahsia dalam solat. Memahami maksud kejadian manusia sebagai hamba Allah. Serta bagaimana cara yang sebenar untuk mengerjakan solat mengikut cara nabi.
Durasi : 33 minit
Video 2 : Memahami Bacaan Dalam Solat
Dalam video ini, Ustaz Hasnan membincangkan dengan mendalam maksud-maksud bacaan dalam solat, terutamanya Surah Al-Fatihah. Kita akan mula faham apakah erti sebenar di sebalik setiap perkataan yang kita lafazkan di dalam solat itu.
Durasi : 1 jam, 19 minit
Video 3 : Membetulkan Perbuatan Di Dalam Solat
Pada video ini, Ustaz Hasnan menunjukkan cara mengangkat takbir, rukuk, sujud, dan semua perbuatan dalam solat yang sebenar sepertimana solat Nabi Muhammad S.A.W.
Durasi : 1 jam, 40 minit
Video 4 : Sesi Soal Jawab
Pelbagai persoalan dan kekeliruan tentang solat, telah diajukan oleh peserta bengkel kepada Ustaz Hasnan, dan semua persoalan tersebut telah dijawab oleh Ustaz Hasnan dengan jelas menerusi video ini.
Durasi : 50 minit
Mahu Ebook & Rakaman Video Ini?
Ebook dan rakaman ini adalah di dalam bentuk digital. Jadi, anda boleh download ia terus ke dalam komputer, tab atau handphone anda dan terus membaca dan menontonnya.
Harga untuk pakej ebook dan rakaman video ini hanyalah RM20.00 sahaja. Ianya adalah harga paling minima yang dapat pihak kami tawarkan, agar dapat menampung segala kos yang terlibat di dalam penerbitan bahan ilmu ini.
Semoga pelaburan kecil anda terhadap ilmu ini, akan dapat memberikan manfaat dan memantapkan lagi amalan solat yang anda lakukan di masa hadapan.
Klik butang dibawah untuk mendapatkan ebook & rakaman video bengkel pemantapan solat ini!
Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing (002746251-P)
Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
WhatsApp : 011-33050950