Nak Beli Rumah & Melabur Dalam Hartanah?
Awas Dengan Perangkap Ini!
- Beli Rumah Dari Pemaju.. Tapi Rumah Tak Siap-siap & Projek Terbengkalai!.
- Beli Rumah, Kemudian Nak Sewakan… Tapi bila dah dapat kunci rumah.. takde siapa pun nak sewa! Berbulan-bulan rumah kosong takde penyewa!
- Bila dah dapat penyewa… duit sewa yang dapat tu.. tak boleh nak “cover” kos bayaran bulanan pinjaman bank pula! Terpaksalah “Top-up” setiap bulan guna duit gaji!
- Bila nak jual semula rumah tu.. takde pula orang nak beli! Terpaksa juga bertahan selama beberapa tahun untuk tunggu sampai harga rumah itu naik!
- Tapi malang.. selepas beberapa tahun.. harga rumah itu tak naik pun! Malah nilainya semakin jatuh pula! Harga yang diberikan oleh pihak juru penilai hartanah adalah lebih rendah dari harga sewaktu beli dahulu! Argghhh!
- Sebelum beli rumah.. kedudukan kewangan elok je .. tapi lepas beli rumah.. terus kena pergi AKPK! Pergh! Pening! Pening! Pening!
Itulah Beberapa Situasi Yang Sering Terjadi Kepada Ramai Orang Apabila Membeli Hartanah… Termasuklah SAYA! (suatu ketika dulu!)
Iyalah.. masa tu saya masih muda.. umur pun baru 25 tahun.. nak kahwin.. jadi, sebelum kahwin, rasa-rasanya.. elok juga kalau dapat beli rumah terlebih dulu.. lagipun, selalu sangat dengar orang kata…
“Masa muda-muda lah elok beli rumah! Bayaran ansuran bulanan murah sebab tempoh pinjaman panjang!”
“Tak rugi beli hartanah ni! Sebab hartanah ni ASET! Nilainya akan sentiasa naik… tak macam kereta! Beli hari ini.. esok dah jatuh harga! Jadi.. baik beli RUMAH!
“Kalau tak duduk sendiri kat rumah tu pun, takpe… boleh sewakan! Bulan-bulan.. duit sewa tu, bayar ansuran bank! Mantap! Tak perlu dah bayar guna duit sendiri… beli rumah.. tapi orang lain (penyewa) yang bayarkan!”
“Harga rumah makin lama makin mahal… baik beli sekarang!”
Teruja! Terus Bayar Booking!
Ya! Bila dengar cerita-cerita menarik pasal hartanah ni! baca kisah-kisah orang berjaya beli rumah walaupun masih muda membuatkan semangat saya untuk turut membeli dan memiliki rumah berkobar-kobar!
Jadi, tanpa membuang masa, bertemankan seorang rakan, saya pergi ke “sales gallery” hartanah yang berhampiran dengan rumah saya, dan selepas dengar penerangan jurujual disitu, saya pun terus bayar booking!
Dalam kepala dah terbayang-bayang dah… lagi 1-2 tahun saya nak kahwin.. rumah tu pun akan siap lepas 1-2 tahun. Elok sangatlah tu.. lepas kahwin, rumah pun siap.. bolehlah terus duduk kat rumah tu! Wah! Seronoknya!
Tapi Mula Rasa Tak Sedap Hati!
Selepas 2 minggu lebih saya buat booking dan submit loan aplication! Pihak bank call saya dan katakan, loan saya lulus! Jadi.. saya dah boleh datang ke bank untuk sign loan agreement!
Tapi entah kenapa, pada masa tu saya mula rasa macam tak sedap hati. Sebabnya, saya terfikir.. bila saya sign loan tu, maknanya, saya akan mula kena bayar loan tu, gaji saya akan mula dipotong dan berkurangan! Sudahlah, gaji yang sekarang ni pun rasanya, macam cukup tak cukup je! Hmm… Tetiba rasa macam tak best dan tak sedap hati pula!
“Betul ke ni saya nak beli rumah? Umur baru 25.. simpanan pun tak banyak mana pun!”
“Boleh ke bayar tiap-tiap bulan nanti?”
“Kalau tak boleh bayar nanti.. macam mana pula?”
“Nak bayar loan, dalam masa sama nak kumpul duit kahwin lagi…!
Masa tu, memang saya takde tanya siapa-siapa pasal perihal beli rumah ni.. saya cuma sekadar baca-baca artikel kat internat dan forum-forum sahaja pasal pembelian rumah ni.
Jadi, perasaan “confident” tu sebenarnya tak berapa nak cukup.. ! Sebab tulah saya rasa macam tak sedap hati je!
Disebabkan rasa tak sedap hati tu, maka, saya sengaja berlengah-lengah untuk datang ke bank untuk sign loan agreement.
Macam-macam alasan saya bagi bila pihak bank call minta saya datang sign agreement.. saya sibuklah.. outstation la.. ada meeting la… kurang sihat la.. dan macam-macam lagi lah!
Saya Terkejut & Fobia!
Dipendekkan cerita.. selepas sebulan saya bertangguh untuk sign agreement di bank tersebut. Keluar di berita tentang kejadian tanah runtuh!
Kejadian tanah runtuh tu, betul-betul berlaku berhampiran tapak projek rumah yang saya nak beli tu! Saya betul-betul TERKEJUT! Nasib baiklah saya tak sign lagi loan agreement untuk beli rumah tu!
Disebabkan kejadian tanah runtuh tu! Projek rumah tersebut akhirnya dibatalkan oleh pihak pemaju!
Selepas kejadian tu.. saya ada perasaan fobia untuk membeli rumah! Setiap kali nak beli rumah, macam-macam benda negatif saya terfikir…
“Macam mana kalau projek terbengkalai?”
“Macam mana kalau pemaju tetiba bankrup?”
“Macam mana kalau rumah rosak lepas siap?”
Nak beli rumah subsale?
Kena ada modal besar pula… 10% deposit, kos guaman, kos penilai dan sebagainya.. jumlahnya mencecah puluhan ribu ringgit. Contoh, kalau nak beli rumah subsale yang berharga RM400,000.. kena ada modal paling kurang RM60,000 (10% deposit + 5% lawyer fee dan lain-lain)… lagi tinggi harga rumah, lagi banyak modal permulaan kena sediakan.
Sama juga kalau nak beli rumah lelong..kosnya juga lebih kurang sama, malah lebih berisiko tinggi sebab tak boleh nak tengok keadaan sebenar di dalam rumah tersebut… kemudian, kena ada modal tambahan lagi untuk tujuan renovation dan pembaikan.
Sebagai seorang yang baru hendak membina kehidupan berkeluarga, amaun tersebut agak sukar juga untuk disediakan. Jadi, pilihan yang saya rasa terbaik, adalah membeli rumah “under construction” dari pemaju, kerana rumah “under construction”, selalunya pihak pemaju akan tanggung pelbagai fee.. jadi kos untuk membeli rumah tu akan jadi rendah dan mampu untuk disediakan.
7 Tahun Kumpul Keyakinan Untuk Beli Rumah!
Selepas 7 tahun berlalu… saya fikir, saya perlu juga beli sebuah rumah. Kali ini saya cuba cari projek-projek perumahan under kerajaan. Saya fikir… disebabkan projek itu adalah projek kerajaan, maka, kebarangkalian risiko untuk projek itu terbengkalai mungkin sangat rendah berbanding projek-projek oleh pemaju swasta.
Akhirnya, saya bulatkan tekad dan beli sebuah rumah kelolaan kerajaan negeri.
Alhamdulillah… kali ini.. rumah yang saya beli itu memang berjaya disiapkan. Tapi, banyak juga kos yang perlu dikeluarkan sewaktu membeli rumah ini. Deposit, yuran guaman, kos MOT, kos duti setem dan sebagainya… mencecah RM30 ribu juga.
Setelah rumah tu siap, disebabkan faktor lokasi yang agak jauh dari tempat “kerja baru” serta faktor-faktor lain, saya ambil keputusan untuk sewakan sahaja rumah tersebut…. berbulan-bulan jugalah saya ambil masa untuk nak dapatkan penyewa rumah tu.
Kadar sewa pula, tak cukup untuk “cover” bayar ansuran loan bank. Terpaksalah saya top-up guna duit gaji setiap bulan. Tapi.. nasib baiklah tak banyak sangat, hanya puluhan ringgit sahaja setiap bulan! Cuma kalau ada kerosakan atau datang bil-bil tahunan seperti cukai tanah, insuran kebakaran dan sebagainya.. terpaksalah saya korek tabung lagi.
Jumpa Sifu Hartanah!
Walaupun sudah “terciduk” sedikit dalam pembelian hartanah… saya masih lagi membaca blog, buku, tips-tips dan artikel berkaitan hartanah.
Satu hari, saya terjumpa satu buku pasal hartanah yang ditulis oleh sifu hartanah tempatan. Buku tu sangat menarik bagi saya. Jadi, saya pun mula cari lebih banyak info tentang sifu tersebut di internet dan akhirnya dapat tahu, beliau ada buat seminar pasal pelaburan hartanah!
Tanpa buang masa, saya pun daftar dan sertai seminar beliau (peristiwa ini berlaku sebelum covid-19 melanda).
Dalam seminar tu, memang banyak benda dan perkara yang saya baru tahu! Kalau saya tahu perkara ini awal-awal dulu.. mesti saya tak “terciduk!”.
Pada pandangan saya, sifu hartanah ini memang betul-betul sifu! Bukan kaleng-kaleng punya sifu!
Dia ajar dan kongsi pengalaman sebenar dia yang kini telah memiliki lebih dari 60 buah hartanah!
Jadi, selepas seminar itu, pada keesokan harinya, saya telah pergi ke pejabat beliau dan mendaftar sebagai salah seorang ahli komuniti beliau.
Berubah Dari M40 kepada T20!
Dalam tempoh 2 tahun saya sertai komuniti tersebut, memang sangat banyak perkara yang saya belajar. Bukan sekadar tentang pelaburan hartanah, tetapi.. juga dari segi pengurusan kewangan dan kerjaya!.
Dan..hanya dalam masa 2 tahun ini, saya berjaya langsaikan hutang kereta saya (bernilai puluhan ribu).
Saya berjaya tingkatkan pendapatan bulanan saya dari golongan M40 kepada golongan T20.
Saya juga berjaya miliki wang simpanan “cash reserved” berjumlah 6 angka, dan apa yang paling best lagi.. saya juga telah berjaya membeli 2 buah hartanah dengan jumlah nilai lebih sejuta ringgit!
Bila fikir-fikir semula, perkara ini berlaku dengan agak pantas juga!
Ianya seperti saya telah melalui satu “jalan pintas” menuju kekayaan… semuanya dengan menggunakan instrumen pelaburan hartanah!
Ingin Berkongsi Ilmu & Pengalaman!
Disebabkan perubahan yang pantas dalam kehidupan saya ini, ramai juga kawan-kawan yang bertanya dan minta saya sharekan pengalaman saya. Jadi, alang-alang nak share tu, saya terfikir, lebih baik saya tuliskan sahaja ilmu & pengalaman saya ini jadi ebook. Lebih mudah untuk saya sharekan kepada sesiapa yang berminat di kemudian hari dan tak perlulah saya nak bercerita berulang-ulang kali.
Maka dengan itu, terhasillah ebook yang berjudul “Pintas Hartanah” ini!
Untuk Yang Berminat Sahaja!
Ya! Ebook ini saya tulis, bukanlah untuk semua orang… tetapi khusus untuk mereka yang berminat sahaja! Mereka yang berminat nak tahu tentang ilmu “fundemental” pelaburan hartanah serta “jalan pintas” untuk berjaya dengan hartanah dalam waktu yang singkat (dalam masa 2-5 tahun).
Tapi kalau anda tak percaya dan anda rasa, pelaburan hartanah ini hanyalah cerita dongeng dan karut-marut sahaja! Tidak mengapa! Anda boleh tinggalkan website ini dan tidak perlu dapatkan ebook ini.
Terus terang saya katakan.. ebook ini bukan untuk semua orang, ia TIDAK SESUAI UNTUK golongan berikut…
1. Mereka yang tidak percaya langsung dengan pelaburan hartanah!
Pada mereka, pelaburan hartanah ini semua adalah agenda dajjal dan illuminati. Ia adalah perangkap untuk membawa manusia ke neraka dan juga ke lubang kehancuran!
2. Mereka yang benci & berdendam dengan pelabur hartanah.
Ya, ada sesetengah orang sangat benci dan sangat mendendami golongan pelabur hartanah! Mereka mendakwa, pelabur-pelabur hartanah inilah golongan kapitalis yang menyebabkan harga rumah naik dan menyebabkan mereka hidup susah dan merempat. Mereka tak dapat beli rumah sebab semua rumah yang murah, golongan pelabur hartanah dah beli dan sapu bersih! Hanya tinggal yang mahal-mahal sahaja! Semuanya adalah salah golongan pelabur hartanah!
3. Mereka yang memang tak mahu membeli rumah.
Ada juga sesetengah orang yang memang tak mahu membeli rumah di dalam hidup mereka. Mereka lebih gemar menyewa sahaja sepanjang hidup. Jadi, sudah tentu, mereka tidak perlukan ilmu yang terkandung di dalam ebook ini.
4. Mereka yang dah kaya dan sudahpun memiliki banyak hartanah
Ah ha! Kalau anda sudah ada banyak hartanah, saya fikir anda sudahpun pakar dalam selok belok pelaburan hartanah, maka anda juga tak perlu dapatkan ebook ini… 🙂
Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?
Baiklah, bagi anda yang berminat dengan ebook ini, disini saya kongsikan serba sedikit apa yang telah saya tuliskan di dalam ebook ini!
Siapa Saya?
Oh! Ha ah! Seronok bercerita pasal hartanah, terlupa pula untuk memperkenalkan diri!
Nama saya Fariz Rizal... saya berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja… kerja pun kerja biasa-biasa sahaja di sebuah syarikat separa-kerajaan! Gaji dari pekerjaan saya pula adalah taraf golongan M40 sahaja… tetapi disebabkan saya ada buat teknik “3 Jenis Pendapatan” yang saya tulis di dalam ebook ini, ia membolehkan pendapatan bulanan saya naik ke tahap golongan T20.
Saya rasa, kisah hidup saya mungkin tidak jauh berbeza dengan anda.
Waktu muda, nak beli rumah, tapi ilmu tak berapa nak cukup, semangat je lebih dan berkobar-kobar… akhirnya “terciduk”.
Cuma, mungkin nasib saya baik sedikit sebab terjumpa sifu yang betul yang sudi menunjukkan kepada saya jalan pintas menuju kekayaan menggunakan instrumen pelaburan hartanah!
Sekarang.. giliran anda pula untuk melalui jalan pintas tersebut!
Berminat Nak Dapatkan Ebook Ini?
Pada mulanya, saya bercadang untuk berikan ebook ini secara percuma sahaja! Tapi bila difikir-fikirkan semula, berdasarkan pemerhatian dan juga pengalaman saya. Benda-benda yang diberikan percuma, selalunya tidak akan dihargai!
Tambahan lagi, jika diberikan percuma… entah siapa-siapa pun akan datang dan main ambil sahaja, sedangkan mereka tak berminat dan tak perlukannya pun! Malah mungkin tak baca pun selepas dah dapat ebook ini nanti!
Jadi, saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku!.
Saya mahu ilmu di dalam ebook yang saya tulis ini, sampai kepada orang-orang yang berkelayakan sahaja.. iaitu mereka yang betul-betul berminat dan ingin belajar tentang selok-belok pelaburan hartanah dengan pantas.
Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk meletakkan sedikit “pengeras” kepada ebook ini!
Jangan risau.. pengerasnya tersangat-sangatlah murah, saya hanya minta sedikit sahaja bayaran sebagai tanda komitmen yang anda akan baca ebook ini sampai habis apabila anda sudah memilikinya kelak!
“Pengeras” bagi mendapatkan ebook ini, saya tetapkan pada harga RM20 sahaja!
Ya! Hanya RM20 sahaja untuk anda ketahui dan terokai jalan pintas menuju kekayaan, menerusi pelaburan hartanah!
Tersangat-sangat-sangat-sangatlah murah kalau nak bandingkan dengan risiko anda “terciduk” lagi apabila membeli hartanah yang seterusnya!
Boleh klik butang dibawah untuk dapatkan ebook ini segera!
Jaminan Kepuasan 100%
Oh Ya! Dengan pembelian ebook ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.
Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan sedikit faedah dan manfaat kepada anda, saya akan pulangkan wang anda.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di [email protected] tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu.
Saya akan pulangkan wang anda.
Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung. Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga
Jap! Ada Bonus!
Jika anda dapatkan ebook “Pintas Hartanah” pada hari ini, saya akan berikan anda sebuah lagi ebook tambahan sebagai bonus untuk memantapkan fahaman anda berkenaan pengurusan wang, iaitu dari sudut pengurusan hutang.
Ebook bertajuk “Kurangkan Hutang Kita” ini adalah ebook tulisan sifu saya.
Di dalam ebook ini, anda akan di dedahkan dengan 3 Teknik Mengurangkan Hutang!.
Jika anda sedang menanggung bebanan hutang dengan kadar bayaran bulanan yang tinggi pada waktu ini… anda wajib baca ebook ini!
Sebab.. dalam ebook ini ada diceritakan secara terperinci beserta case study.. bagaimana anda boleh kurangkan bayaran bulanan hutang anda sehingga 50-70%.
Dapatkan Sekarang!
Klik pada butang dibawah untuk dapatkan ebook “Pintas Hartanah” beserta bonus ebook “Kurangkan Hutang Kita” ini pada harga hanya RM20 sahaja sekarang!
Sekian, Jumpa anda di “jalan pintas” nanti!
Fariz Rizal
Pelabur Hartanah
P/s:- Oh! Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk orang yang dah pernah “terciduk” beli rumah, tetapi amat sesuai juga untuk orang yang tak pernah lagi beli rumah dan bercadang nak beli rumah yang pertama! Dengan ilmu yang ada dalam ebook ini, insyallah ia boleh elakkan diri anda dari terciduk ketika membeli rumah yang pertama!
P/p/s:- Ebook ini cuma berharga RM20 sahaja, tapi, ia mungkin akan dapat menyelamatkan anda dari kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit akibat terbeli hartanah yang salah!
P/p/s:- Sekali lagi! Jika anda rasa ebook ini tak berbaloi langsung selepas anda membelinya… saya akan pulangkan semula wang anda tanpa banyak soal!
Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing (002746251-P)
Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
WhatsApp : 011-33050950.
Terms & Conditions: All access will be given through email. Please login and check your email once you made your payment.
Privacy Policy: We use Google AdWords Remarketing, Facebook Ads Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page.” Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.
Earning Disclamer: Every effort has been made to accurately represent this product and its potential. There is no guarantee that you will earn exact amount of money using the techniques and ideas in these materials. Examples in these materials are not to be interpreted as a promise or guarantee of specific amount of earnings. Earning potential is entirely dependent on the person using our product, ideas and techniques. We do not position this product as a “get rich scheme.”Your level of success in attaining the results claimed in our materials depends on the time you devote to the program, ideas and techniques mentioned, your finances, knowledge and various skills. Since these factors differ according to individuals, we cannot guarantee your success or income level. Nor are we responsible for any of your actions. Materials in our product and our website may contain information that includes or is based upon forward-looking statements within the meaning of the securities litigation reform act of 1995. Forward-looking statements give our expectations or forecasts of future events. You can identify these statements by the fact that they do not relate strictly to historical or current facts. They use words such as “anticipate,” “estimate,” “expect,” “project,” “intend,” “plan,” “believe,” and other words and terms of similar meaning in connection with a description of potential earnings or financial performance. Any and all forward looking statements here or on any of our sales material are intended to express our opinion of earnings potential. Many factors will be important in determining your actual results and no guarantees are made that you will achieve results similar to ours or anybody else’s, in fact no guarantees are made that you will achieve any results from our ideas and techniques in our material.
Refund Policy: Refund can be requested within 30 days after purchase if customer are not happy & satisfied with our product.