Rahsia Rumah Lelong

Ingin Mengetahui Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Bagaimana Menjana Keuntungan Menerusinya?

 

Ikuti Pengalaman 20 Tahun, “Bagaimana Saya Melakukannya?” disini!

 

 

Assalammualaikum & salam sejahtera kepada  Bakal-bakal Pelabur Hartanah Yang Dihormati,

Nama Saya Tarmizi Jusoh!

Saya merupakan seorang peguam dan juga pelabur hartanah!
Sejak 20 tahun yang lalu, saya telah mengendalikan beribu kes berkaitan hartanah. Kebanyakkannya, berkaitan hartanah lelong. Dari kes-kes tersebut, saya dapat mellihat banyak masalah dan peluang berkaitan hartanah lelong.

Jadi, izinkan saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya berkenaan hal ini.

Tahukah Anda? Salah satu teknik mudah untuk menjana keuntungan menerusi pelaburan hartanah, adalah dengan..

Langkah 1 : Membeli hartanah dibawah harga pasaran,
Langkah 2 : Ubahsuai dan perbaikinya..
Langkah 3 : Sewakan atau jualkannya dengan harga yang lebih tinggi!”

Dalam masa beberapa bulan, anda mampu untuk menjana keuntungan beribu-ribu ringgit, malah tidak mustahil juga, berpuluh-puluh ribu ringgit! Teknik ini nampak mudah bukan? Semudah 1, 2,3……

Tapi…. MAAF! Saya terpaksa berterus-terang dengan anda disini!….

Walaupun hasilnya sangat lumayan…. TETAPI, Ianya bukan semudah yang disangka! Ianya melibatkan risiko yang besar! Silap langkah!..Anda mungkin terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit, malah mungkin juga mencecah sehinga berpuluh-puluh ribu ringgit!

Untung Besar, Risiko Pun Besar…

Ini adalah hakikat di dalam dunia pelaburan! Tiada siapa yang boleh menafikannya!…Pelaburan yang memberikan keuntungan kecil, risikonya adalah kecil, manakala pelaburan yang memberikan keuntungan yang besar, maka risikonya pun adalah besar!

Namun begitu, RISIKO ini sebenarnya boleh dikurangkan!

Bercakap tentang RISIKO, saya gemar merujuk kepada kata-kata dari Pelabur Terkaya di dunia! iaitu Warren Buffett. Kata beliau…

“Risk comes from not knowing what you’re doing.”

Bermaksud… “Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan!”. Disebabkan itulah, jika anda ingin melakukan sesuatu seperti menceburi bidang pelaburan hartanah yang lumayan ini! Anda perlulah terlebih dahulu belajar, menuntut ilmu dan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum melakukannya. Dengan mengetahui apa yang anda lakukan.. kadar RISIKO dapat dikurangkan!

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko tersebut.. adalah belajar daripada orang-orang yang pernah melakukannya. Ehem! ehem!… seperti saya.. 🙂

Belajar Dari Pengalaman Saya!

Terus-terang saya katakan, jika anda ingin belajar dari saya secara “face to face”… saya sememangnya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Sebagai seorang peguam hartanah, banyak perlu saya uruskan. Banyak kes-kes berkaitan hartanah lelong yang telah saya kendalikan, dari masalah pembeli gagal menjelaskan bayaran baki hartanah lelong yang dibeli, hinggalah kepada kes “bekas tuan rumah” yang tidak mahu keluar dari rumahnya yang telah dilelong.

Dari pengalaman-pengalaman ini jugalah, saya mula belajar tentang selok-belok pelaburan hartanah lelong… Berapakah keuntungan yang boleh diperolehi? Apa masalah yang mungkin dihadapi? Bagaimana untuk menyelesaikannya? Apa prosedur untuk melakukannya?… dan banyak lagi.. perkara ini telah membuka mata saya dan akhirnya, menyebabkan diri saya turut menceburkan diri ke dalamnya.

Cara Mudah Mempelajari Pengalaman Orang Lain..

Untuk memudahkan anda mempelajari tentang selok-belok pelaburan hartanah lelong, dan sekaligus menurunkan RISIKO kerugian. Saya telah mencuri-curi masa saya untuk menulis sebuah ebook mengenainya!. Di dalam ebook ini, saya berkongsikan pengalaman saya dan juga pengalaman pelanggan-pelanggan saya di dalam bidang hartanah selama 20  tahun ini.

Rahsia Rumah Lelong

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:-

Bab 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.

Bab 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.

Bab 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur. 
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.

Bab 4: Modal Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.

Bab 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.

Bab 6 : Jenis-jenis Lelongan
Ada 3 jenis lelongan yang perlu anda ketahui sebelum anda menyertai mana-mana majlis lelongan!

Bab 7 : Perbezaan Hartanah Hak Milik Kekal & Pajakan!
Ketahui dengan jelas, apakah beza hak milik kekal dan hak milik pajakan bagi sesuatu hartanah!

Bab 8 : Dimana Nak Beli Hartanah Lelong?
Hah! Dah ada modal! dah tahu jenis hartanah, jenis lelong dan status pemilikan! Sekarang.. masa untuk memburu hartanah lelong pula! Tapi… nak memburu kat mana?
Dalam bab ini didedahkan 6 lubuk hartanah lelong!

Bab 9: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Sebenarnya anda boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong lagi. Kaedah ini sebenarnya lebih power dan berbaloi dari membeli rumah lelong di majlis lelongan! Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.

Bab 10: Persedian Sebelum Tiba Hari Lelongan!
Sebelum tiba hari lelongan, ada 5 perkara yang perlu anda selesaikan terlebih dahulu agar anda tidak tersilap langkah dan menanggung kerugian berpuluh atau beratus ribu! Ini adalah bab yang paling kritikal dan perlu anda ketahui sebelum masuk mana-mana majlis lelongan!

Bab 11 : Membida Di Hari Lelongan
6 Tips  yang boleh anda amalkan sewaktu berada di majlis lelongan!
Tips ini amat penting agar anda tidak “dimainkan” oleh otai-otai lelong yang lain!

Bab 12: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.

Bab 13: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.

Bab 14: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.

Bab 15: Ubahsuai Rumah
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.

Bab 16: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.

Bab 17 : Ringkasan Keseluruhan Langkah-Langkah Membeli Rumah Lelong
Bab ini memberkan gambaran besar (big picture) bagaimana proses dari mula anda hendak menceburkan diri dalam urusan membeli rumah lelong, hinggalah kepada urusan memasuki rumah tersebut dan menyewakannya kepada orang lain! Jika anda kekurangan masa, membaca bab ini sahaja sudah cukup memberikan gambaran kasar keseluruhan proses membeli rumah lelong!

Bab 18 : 10 Kesilapan Dahsyat Pembeli Hartanah Lelong!
Bab ini juga sangat penting!  Dengan membaca bab ini sahaja, ianya mampu menyelamatkan puluhan ribu wang anda! Sebab, dalam bab ini, saya kongsikan real case kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh client saya sewaktu membeli hartanah lelong!

Berapakah Nilai Ilmu Dan Pengajaran Di Dalam Ebook Ini?

Ebook ini bukan sahaja mengandungi panduan serta langkah-langkah yang menunjukkan kepada anda “Bagaimana Membeli Hartanah Lelong?”.

Tetapi, ianya turut mengandungi pengalaman sebenar saya dan juga pengalaman pelanggan-pelanggan saya yang menghadapi masalah ketika membeli hartanah lelong! Ada banyak ilmu dan pengalaman yang boleh anda ambil sebagai pengajaran untuk menjimatkan serta menyelamatkan diri anda dari kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu ingin membeli hartanah lelong!

Ebook ini hanya berharga RM50 sahaja. Ianya terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan nilai ilmu serta pengalaman yang dimuatkan di dalam ebook ini.

Dengan erti kata lain, ebook beharga RM 50 ini mampu membantu anda mengelakkan diri daripada terperangkap ke dalam risiko kerugian beribu-ribu ringgit. Jadi, lengkapkanlah ilmu di dada terlebih dahulu dengan mendapatkan ebook ini sebelum anda memasuki mana-mana bidaan hartanah lelong !

Klik pada butang “Order” dibawah untuk mendapatkan ebook ini!

Jaminan Pulangan Wang!

Dengan setiap pembelian ebook “Rahsia Rumah Lelong” ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda , saya akan pulangkan wang RM50 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di [email protected] tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang!

Klik gambar ebook  di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Rahsia Rumah Lelong ini pada harga RM50 sahaja SEKARANG ..


Rahsia Rumah Lelong

Rahsia Rumah Lelong – Rahsia Jana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong!

Penulis :  Ahmad Tarmizi Jusoh
Tahun Terbitan : 2012
Versi Kemaskini : 2019

Harga : RM50
Format : Ebook (pdf)