Izinkan Saya Kongsi “3 KAEDAH” Untuk Atasi Masalah Tak Cukup Duit Setiap Bulan!!

Sebenarnya, ada 3 perkara yang boleh anda lakukan apabila anda menghadapi masalah tidak cukup duit!

  1. Pinjam Duit
  2. Tambah Duit
  3. Jimat Duit

Teruskan membaca… saya akan terangkan satu demi persatu bagi setiap solusi tersebut!

Kaedah #1 – Pinjam Duit!

Ini adalah solusi yang paling mudah yang seringkali ramai orang akan terfikir dan lakukan.

Asal tak cukup duit sahaja… terus terfikir untuk pinjam duit!
Pinjam dengan pasangan, pinjam duit anak, pinjam dengan kawan, pinjam dengan bos, adik beradik, mak, ayah, sedara-mara… dan sesiapa sahajalah yang terlintas di fikiran.

Kalau pinjam sikit… dan sesekali sahaja… kemudian anda lunaskan pinjaman tersebut dengan segera… itu ok dan tak jadi masalah!

Tapi yang seringkali menjadi masalah… apabila dah pinjam.. kemudian buat-buat lupa pula.. lepastu, nak pinjam lagi… sedangkan pinjaman yang sebelumnya tak bayar lagi… kalau 1-2 kali tu mungkinlah boleh dimaafkan lagi… tapi kalau dah selalu buat begitu… akibatnya, kawan-kawan dan saudara-mara semua pun lari bila nampak muka atau mesej kita. Haisshhh! Malu lah.. mana nak letak muka bila jumpa sedara mara masa raya nanti!

Bila kawan-kawan dan saudara semua dah lari… mulalah terfikir nak pinjam kat ahlong pula….. argh! ini memang cari nahas!

Kalau betul-betul terdesak dan perlukan pinjaman, boleh cuba buat pinjaman peribadi di bank, atau gunakan khidmat “tunai dari kad kredit” .. kadar interestnya agak tinggi, iaitu antara 18-24% setahun.. walaupun ia agak tinggi.. tapi sekurang-kurangnya, ia dapat mengelakkan diri kita bermasam muka dengan saudara-mara akibat “pinjam duit tapi tak bayar”.

Orang kata, kalau nak susah, biar susah sendiri.. jangan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau mahu membuat pinjaman, sila pinjam di bank sahaja… elakkan meminjam dengan kawan atu saudara-mara.

“Tapi… wang yang saya nak pinjam tu sikit je! Ratus-ratus sahaja! Hanya untuk lepaskan beli susu anak”..

Jika amaunnya sedikit, hanya ratusan ringgit atau sekadar 1-2 ribu ringgit, anda boleh cuba pinjam dengan GoPinjam yang terdapat dalam aplikasi TnG eWallet. Tapi AWAS! kadar interest yang dikenakan adalah sangat tinggi, iaitu sehingga 36% setahun. Jadi, perlu fikir banyak kali sebelum nak pinjam. Dan pastikan!, anda bayar semula pinjaman anda itu dalam tempoh 1-2 minggu.

Kaedah pinjam ini, hanya sesuai digunapakai kalau kita memang terdesak nak gunakan duit segera sekali-sekala, yang mana, duit pinjaman tersebut, memang mampu untuk kita bayar dan selesaikan dalam tempoh kurang sebulan.

Tapi, kalau tiap-tiap bulan asyik terdesak dan mahu meminjam sahaja…. kaedah “pinjam duit” ini kurang sesuai untuk anda, malah, ia boleh menyebabkan kedudukan kewangan anda menjadi lebih parah dan hidup anda akan jadi lebih merana & tertekan di kemudian hari.

Jadi, kita cuba tengok kaedah yang seterusnya…

Kaedah #2 – Tambah Duit!

Ini adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita lakukan apabila kita hadapi masalah “tak cukup duit setiap bulan”. Zaman sekarang ni, kalau sekadar bergantung kepada 1 sahaja sumber pendapatan sahaja memang tak mencukupi. Kena ada sekurang-kurangnya 2-3 sumber pendapatan.

Ada banyak cara dan pilihan untuk tambah pendapatan zaman sekarang ni. Antaranya adalah seperti…


1- Buat aktiviti gig, seperti bawa grab, jadi rider foodpanda atau lalamove, serta banyak lagi aktiviti-aktiviti gig yang ada ditawarkan pada zaman ini. Benda ni boleh dilakukan selepas waktu kerja atau pada waktu hujung minggu. Pendapatan yang diperolehi, boleh tahan juga… cuma, ia perlukan masa & tenaga dan pengorbanan waktu rehat. Bagi orang bujang yang kurang aktiviti, mungkin sesuai untuk buat perkara ini. Tapi bagi yang dah berumahtangga dan ada anak-anak, mungkin kurang sesuai. Tapi apa-apa pun, bergantung juga kepada situasi masing-masing.

2- Berniaga. Zaman sekarang, nak berniaga tak susah macam zaman dulu, nak kena ada modal dan stok barang, kemudian kena buka meja dan payung kat pasar malam.. kalau jenis “rambo dan jiwa kental sikit” terus pergi menjual dari meja ke meja kat kedai makan. Zaman sekarang, ramai orang start berniaga pakai handphone sahaja. Jual barang pun secara online sahaja.. kat shopee, lazada, mudah, facebook, ig dan sebagainya. Tak perlu dah berpeluh-peluh dan bersusah-payah angkut barang ke hulu ke hilir. Stok barang pula tak perlu nak kena beli dahulu. Berniaga secara dropship sahaja,dapat pembeli, baru ambil stok dari pembekal.

Tapi disebabkan benda ini agak mudah dan hampir semua orang boleh buat, maka, ramai yang cuba buat dan menyebabkan persaingan antara penjual menjadi sangat-sangat sengit. Kena ada ilmu dan usaha yang konsisten untuk berjaya dalam berniaga ini.

3- Melabur. Ini satu lagi kaedah yang boleh dilakukan untuk tambah pendapatan. Tapi kaedah ini, hanya sesuai untuk orang yang dah stabil pendapatan dan ada banyak duit lebihan simpanan. Bagi anda yang berada dalam situasi sentiasa tak cukup duit setiap bulan ini, boleh letak tepi dulu kaedah tambah duit ini.

Semua kaedah “Tambah Duit” ini memang sangat bagus dilakukan untuk mengatasi masalah “tak cukup duit” setiap bulan. Namun begitu, ia memerlukan banyak ilmu, serta masa yang sedikit panjang untuk membuahkan hasil.

Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah & pantas hasilnya untuk mengatasi masalah “tak cukup duit” ini.. iaitu dengan menggunakan kaedah #3…

Kaedah #3 – Jimat Duit!

Ya! Sebenarnya.. inilah kaedah yang paling pantas yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah “tak cukup duit” setiap bulan.

Ia lebih mudah dilakukan dan kesannya adalah serta-merta!.

Langkah pertama untuk jimat duit setiap bulan… adalah dengan cara menyenaraikan semula semua perbelanjaan bulanan kita. Kemudian, dari senarai tersebut, kita teliti satu demi satu, fikirkan dan pertimbangkan semula, adakah perbelanjaan tersebut boleh dibatalkan? atau ditukar? atau dikurangkan?.

Tak lama pun nak buat perkara ini, hanya ambil masa sekitar 1 jam sahaja.

Kali pertama saya buat proses ini, terus saya dapat jimatkan kira-kira RM400 perbelanjaan bulanan saya. Dimana, setelah saya senaraikan semua perbelanjaan bulanan saya, baru saya tersedar, ada banyak benda yang sebenarnya saya tidak perlukan dalam hidup saya.

Saya telah batalkan langganan tv satelit & apps video streaming yang sebenarnya, sangat-sangat lah jarang saya dan keluarga gunakan. Saya juga baru tersedar saya telah membayar bill telefon yang terlalu tinggi, jadi saya telah tukar pelan bil telefon saya dari ratusan ringgit sebulan menjadi belasan ringgit sahaja sebulan. Begitu juga dengan pelan takaful.. ada beberapa pelan takaful yang saya langgan sebenarnya , manfaatnya bertindih dan telahpun di cover oleh pelan takaful yang lain.

Di samping itu, saya juga turut mengubah beberapa tabiat & amalan cara hidup saya.. Alhamdulillah.. saya kini sudah tiada lagi “masalah tidak cukup duit” setiap bulan!!!

Setelah beberapa bulan saya amalkan kaedah “jimat duit” ini! Saya mula dapat membuat simpanan dan mengekalkan wang tersebut! (tidak lagi perlu korek semula seperti sebelum ini)

Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!

Hidup Lebih Tenang!

Saya kini rasa lebih tenang! Tidak lagi rasa tension dan nak marah-marah setiap kali bila lihat harga barang naik!

Bila nak balik kampung juga, saya sudah tidak rasa begitu tertekan seperti sebelum ini yang mana, apabila setiap kali mahu pulang ke kampung, mata asyik terbayang-bayang duit melayang sebab nak bayar kos minyak dan tol!

Duit simpanan di dalam bank juga semakin bertambah, walaupun pertambahan itu sedikit, namun ianya konsisten dan tidak lagi seperti sebelum ini yang asyik “masuk-keluar-masuk-keluar” sahaja.

Saya Terfikir…

Apabila saya mula nampak perubahan yang positif di dalam hidup saya!

Saya terfikir… alangkah baiknya jika saya dapat kongsikan ilmu tentang berjmat-cermat ini dengan orang lain! Saya pasti, ramai yang mengalami masalah yang sama seperti mana yang pernah saya alami!

Akhirnya… timbul di fikiran saya untuk menulis dan mencatatkan semua ilmu, tips serta pengalaman saya tentang “kaedah jimat duit” ini menjadi sebuah ebook! Saya percaya, tips-tips yang saya tuliskan di dalam ebook ini, serba sedikit akan dapat membantu dan mengubah kedudukan kewangan orang lain yang membacanya.

Maka.. dengan itu… terhasillah sebuah ebook…

123 Tips Jimat Cermat Mampu Buat!


E-book “123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT” ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna.Saya menulis ebook ini dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran.

Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini

  1. Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  2. Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  3. Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  4. Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
  5. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  6. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  7. Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
  8. Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
  9. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
  10. Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  11. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  12. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  13. Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
  14. Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru

Kenapa Anda Mesti Mendapatkan Ebook Ini?

Ebook ini paling lengkap merangkumi 14 strategi utama yang menyentuh setiap aspek keadaan seluruh kehidupan dan aktiviti kita.

Terdapat 123 tips mudah yang praktikal dan sesuai diamalkan majoriti rakyat Malaysia.

Ebook tips mudah berjimat cermat ini sarat dengan info, tips dan strategi dirangka daripada pengalaman, perkongsian dan kajian holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

E-book ini adalah wajib dimiliki bagi anda yang mahu hidup lebih tenang, selesai hutang, mengelakkan pembaziran dan mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat fizikal dan mental, tidak kira sama ada anda masih bujang apatah lagi sudah berkeluarga.

Berapa Harga Untuk Mendapatkan Ebook Ini?

Hanya RM27 sahaja untuk 123 Tips Jimat Cermat!

Sedangkan , setiap tips yang terdapat di dalam ebook ini, jika anda berjaya amalkan, ianya akan mampu menyelamatkan wang anda antara RM10 hingga RM100 ringgit setiap bulan!


Opss! Nanti Dulu!
Saya Ada 3 Ebook Bonus Terbaik Jika Anda Dapatkan Ebook “123 Tips Jimat” Sekarang!

Ada 3 buah ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini! Ketiga-tiga ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi strategi penjimatan dan penyimpanan wang anda agar menjadi lebih mudah! Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!

BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL

Di dalam situasi sekarang, yang mana peruntukan wang menjadi begitu terhad. Maka disini, saya berikan anda idea, bukan 1 atau 2.. tetapi 9 idea yang boleh anda lakukan untuk menjana wang tambahan bagi pendapatan anda.

Apa yang lebih menarik, 9 idea yang saya kongsikan di dalam ebook ini, tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal berbentuk wang. Anda boleh lakukannya tanpa mengeluarkan sebarang kos. Apa yang diperlukan, hanyalah sedikit masa dan usaha!

BONUS #2 : 10 HOBI BUAT DUIT!

Antara cara yang paling pantas untuk menjana wang tambahan, adalah dengan menjual kemahiran yang sudah kita miliki. Kemahiran itu pula, selalunya ada pada hobi yang sering kita lakukan dan minat.

Jadi, di dalam ebook ini, saya tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan duit sampingan dari 10 jenis hobi, yang mana, mungkin salah satu daripadanya memang merupakan hobi yang sering anda lakukan.

BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI

Jika kita sering merasakan duit sentiasa tidak cukup,hutang pula semakin bertambah. Mungkin kita perlu lihat juga dari aspek rohani. Mungkin ada amalan-amala yang kita lakukan selama ini tidak begitu sempurna yang mana, ianya mungkin menjadi penyebab rezeki itu terhalang untuk sampai kepada kita.

Oleh itu, di dalam ebook ini, saya kongsikan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki dan sekaligus, menjemput rezeki datang menderu-deru kepada anda tanpa anda sangka-sangka.

Sememangnya ini adalah satu tawaran yang tidak boleh anda lepaskan!

Namun begitu! Ada satu berita buruk!

Bonus yang saya tawarkan ini bukanlah  untuk selama-lamanya. Saya berhak menarik bonus ini pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda mendapatkan ebook panduan ini pada hari ini juga sebelum saya tutup tawaran pemberian bonus ini.

Anda masih lagi ragu-ragu?
Mari saya berikan anda satu lagi tawaran hebat untuk anda!

Anda rasa RM27 ini macam tak berbaloi? Jangan risau. Buang segala keraguan tu. Kerana saya ada jaminan pulangan wang 100% jika anda rasa pelaburan anda dapatkan ilmu ini tidak berbaloi dengan harganya..

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!

Dengan setiap pembelian ebook “123 Tips Jimat” ini, anda akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda, saya akan pulangkan wang RM27 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di [email protected] tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan…

Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, saya sendiri yang akan tanggung.

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!

Klik butang tempah di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook “TIPS JIMAT” pada harga promosi RM27 sahaja SEKARANG ….

Klik Gambar atau Butang Dibawah Untuk Dapatkan Ebook Ini Sekarang!!.


P/s :- Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM27 ini adalah merupakan titik permulaan untuk anda memulakan gaya hidup baru dengan kedudukan kewangan yang lebih selesa dan menenangkan!

P/p/s:- Di dalam ebook ini ada disenaraikan 123 Tips, namun begitu, ianya bukanlah bermakna anda perlu melakukan semua tips tersebut untuk membolehkan anda berjimat dan menyimpan sehingga RM1,000 sebulan. Anda hanya perlu melakukan sebahagian sahaja, mungkin 10-20 tips sahaja sudah memadai mengikut keselesaan anda!

Sekian.


Diterbitkan dan diedarkan Oleh: 
Klikjer Publishing (002746251-P)
No 23, Jalan 3/64, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SMS/WhatsApp : 011-33050950