PANDUAN BELI KENDERAAN LELONG UNTUK ORANG BARU

Sedang Cari Kereta Kedua?Atau Kereta Untuk Anak?
Atau Motor Untuk Kegunaan Harian?

Sebelum anda tambah satu lagi komitmen bulanan, ketahui satu alternatif mendapatkan kenderaan yang mungkin selama ini anda tak pernah pertimbangkan — kenderaan lelong.

Pelajari bagaimana mencari, menyemak dan memahami proses membeli kenderaan lelong, walaupun anda tak pernah masuk lelong sebelum ini.

Saya Nak Tahu Caranya 13 bab • ±150 halaman • Ebook digital
✓ Untuk beginner✓ Step by step✓ Berdasarkan pengalaman sebenar
Cover Rahsia Kenderaan Lelong
KADANG-KADANG KITA TAK PERLUKAN KERETA BARU

Kita cuma perlukan sebuah kenderaan yang sesuai dengan kegunaan.

🎓

Anak Masuk Universiti

Kereta kecil untuk bergerak dari kolej ke kelas, membeli barang atau balik hujung minggu.

🚗

Kereta Kedua Keluarga

Lebih mudah untuk pasangan mengurus anak, kerja dan aktiviti harian tanpa berebut kereta.

🛵

Motor Untuk Harian

Ke kedai, masjid atau urusan dekat-dekat tanpa perlu keluarkan kereta utama.

Kalau kegunaannya begitu, berbaloi ke tambah satu lagi komitmen bulanan?

PERNAH TENGOK HARGA KENDERAAN LELONG?

Harga kereta lelong selalunya…
20%-50% lebih murah dari harga used car!

Di bawah ialah contoh listing kenderaan lelong. Harga ini ialah contoh lama untuk menunjukkan julat yang pernah ditawarkan.

CONTOH DALAM LISTINGRM1,000SM Sport 110R 2018
CONTOH DALAM LISTINGRM4,800Proton Saga 2015
CONTOH DALAM LISTINGRM7,000Proton Iriz 2016
CONTOH DALAM LISTINGRM10,000Perodua Bezza 2020

*Contoh berdasarkan listing lama yang dibekalkan bersama bahan produk. Harga, keadaan dan keputusan bidaan sebenar berbeza.

BAYANGKAN...

Anda sedang mencari kereta kecil untuk anak masuk IPT.

Bajet yang disediakan sekitar RM10,000. Kemudian anda ternampak sebuah kenderaan lelong dengan harga yang masuk dalam bajet.

Apa patut dibuat? Terus bida?

Tidak. Harga murah hanyalah permulaan. Anda masih perlu tahu harga pasaran, keadaan kenderaan, laporan yang tersedia, kos pembaikan dan berapa harga maksimum yang masih berbaloi.

PRINSIP PENTING

Membeli kenderaan lelong bukan tentang mencari kereta PALING MURAH.

Ia tentang mencari kenderaan yang BERBALOI.
“KERETA LELONG NI BUKAN KERETA ROSAK KE?”

Tidak semestinya.
Tapi jangan main bida.

Antara kenderaan yang masuk ke lelongan ialah kenderaan yang ditarik selepas pemilik gagal meneruskan pembayaran ansuran. Status “lelong” itu sendiri tidak bermaksud semua kenderaan rosak.

Ada yang elok. Ada yang perlukan sedikit touch-up. Ada yang perlukan pembaikan. Dan memang ada yang lebih baik kita jangan bida langsung.

Sebab itu anda perlu tahu cara menyemak.

01Proclamation of Sale (POS)
Semak butiran dan syarat berkaitan kenderaan.
02Inspection Report
Rujuk laporan pemeriksaan jika disediakan.
03Remarks
Perhatikan catatan penting tentang kunci, dokumen atau keadaan.
04Viewing
Lihat keadaan kenderaan jika sesi viewing disediakan.
SATU LAGI PERKARA PENTING

Matlamatnya bukan sekadar menang bidaan.

Matlamatnya ialah menang pada harga yang masih masuk akal.

RM7,500RM8,000RM9,000RM10,000STOP?

Apabila bidaan mula rancak, mudah untuk anda terbawa-bawa emosi. Sebab itu "harga pasaran" dan "had maksimum bidaan" patut anda tetapkan sebelum bidaan bermula. Kalau sudah tidak berbaloi, lepaskan.

RM
“Kena ada cash
berkepuk ke?”
SOALAN YANG WAJAR

Kemampuan kewangan memang perlu dirancang.

Prosedur membeli kenderaan lelong memang berbeza daripada masuk showroom used car dan memohon pembiayaan seperti biasa. Selepas menang bidaan, baki perlu diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan pihak pelelong.

Tetapi itu juga tidak bermaksud semua orang masuk lelong untuk mencari kereta RM50,000.

Mungkin anda cuma mencari kereta kecil, kereta lama atau motosikal yang sesuai dengan simpanan dan kegunaan keluarga.

Lelong mungkin bukan untuk semua orang. Tetapi jika anda mempunyai simpanan dan memang mencari kenderaan tambahan, ia adalah satu pilihan yang berbaloi untuk dipelajari dahulu.
PERSOALANNYA SEKARANG...

Kalau berminat,
nak mula dekat mana?

Nak cari listing dekat mana?Macam mana nak daftar?Berapa deposit? Apa nak tengok masa viewing?Macam mana baca POS?Berapa maksimum patut dibida? Kalau menang, apa seterusnya?Macam mana PUSPAKOM?Macam mana tukar hak milik?

Sebab itulah panduan ini disediakan.

Ebook Rahsia Kenderaan Lelong
MEMPERKENALKAN

Rahsia Kenderaan Lelong

Panduan langkah demi langkah membeli kenderaan lelong untuk mereka yang tak pernah masuk lelong sebelum ini.

Bukan sekadar senarai tempat lelong. Panduan ini membawa anda melalui keseluruhan perjalanan — daripada mula mencari sehingga proses selepas menang.

CARISEMAKVIEWINGBIDAMENANGURUS
Dapatkan Panduan
APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

Daripada zero hingga faham keseluruhan proses.

01

Apakah Lelongan Kenderaan?

Kenali asas dunia kenderaan lelong sebelum mengeluarkan wang.

02

Kenapa Membeli Kenderaan Lelong?

Fahami apa yang membuatkan pasaran ini menarik untuk diterokai.

03

Risiko Membeli

Kenali risiko dan perkara yang patut diberi perhatian sebelum membida.

04

Lubuk Pelelong Berlesen

Ketahui sumber dan lokasi untuk mula mencari kenderaan.

05

Website Kenderaan Lelong

Cari listing melalui internet dengan lebih tersusun.

06

Lelongan JPJ

Pengenalan kepada proses berkaitan pendaftaran lelongan JPJ.

07

Lelongan Kastam

Ketahui proses berkaitan lelongan Kastam.

08

Sebelum Bidaan

Viewing, semakan, deposit dan persediaan sebelum hari bidaan.

09

Jom Kita Bida!

Fahami proses bidaan dan kepentingan menetapkan had.

10

Lepas Dah Menang

Ketahui perkara yang perlu dilakukan selepas berjaya membida.

11

PUSPAKOM

Gambaran proses pemeriksaan berkaitan kenderaan lelong.

12

Tukar Hak Milik

Langkah seterusnya sehingga urusan pertukaran hak milik selesai.

Bonus jana pendapatan dengan kenderaan lelong
BONUS

Dah faham beli untuk sendiri?
Ilmu yang sama mungkin membuka peluang lain.

Anda turut menerima panduan tambahan mengenai asas car flipping — memilih kenderaan, mengambil kira kos baik pulih, menentukan harga jualan dan medium menjual.

Ini bonus, bukan sebab utama anda perlu membeli panduan ini. Belajar dahulu bagaimana mendapatkan kenderaan untuk kegunaan sendiri. Kalau suatu hari nampak peluang lain, anda sudah ada asasnya.

*Sebarang hasil atau keuntungan bergantung kepada banyak faktor dan tidak dijamin.
TENTANG PENULIS

Siapa di sebalik panduan ini?

Mohd Shahiril Yazam — atau lebih dikenali sebagai Ceri — telah melibatkan diri dalam arena kenderaan lelong sejak tahun 2017.

Apa yang bermula sebagai minat dan suka-suka akhirnya berkembang menjadi sumber pendapatan sampingan secara part-time, sehingga mampu menjana pendapatan sampingan mencecah 4–5 angka sebulan hasil membeli dan menjual semula kenderaan lelong.

Sepanjang perjalanan itu, beliau melalui sendiri setiap peringkat — daripada mencari listing, menyemak kenderaan, menghadiri viewing, membida, sehingga urusan selepas menang. Pengalaman sebenar inilah yang beliau susun menjadi panduan ini, supaya orang baru tidak perlu belajar melalui kesilapan yang mahal.

Gambar Penulis Shahiril a.k.a Ceri — penulis Rahsia Kenderaan Lelong
Shahiril a.k.a Ceri Penulis “Rahsia Kenderaan Lelong”
*Sebarang hasil atau pendapatan bergantung kepada banyak faktor dan tidak dijamin.
MULAKAN DENGAN ILMU

Berapa nilai ilmu yang boleh mengelakkan satu kesilapan?

Katakan tersilap membida RM1,000 lebih tinggi. Tak perasan tiada kunci. Tak mengambil kira kos pembaikan. Atau tak tahu apa perlu dibuat selepas menang.

Kesilapan kecil ketika membeli sesuatu yang bernilai ribuan ringgit boleh menjadi mahal.

Bundle 2 ebook Rahsia Kenderaan Lelong
PAKEJ DIGITAL

Ebook Utama + Ebook Bonus

  • ✓ Panduan ±150 halaman
  • ✓ 12 bab + carta alir proses
  • ✓ Step by step untuk beginner
  • ✓ Bonus panduan car flipping
  • ✓ Baca melalui telefon, tablet atau komputer
HARGARM80Bayaran sekali sahaja
Ya, Saya Nak Panduan Ini →

🔒 Akses digital dihantar selepas pembayaran berjaya

Jaminan wang dikembalikan 30 hari JAMINAN KEPUASAN 30 HARI

Dapatkan panduan dengan lebih yakin.

Permohonan refund boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas pembelian jika anda tidak berpuas hati dengan produk, tertakluk kepada polisi yang dinyatakan di halaman ini.

SOALAN LAZIM

Sebelum anda membeli...

Saya langsung tak pernah masuk lelong. Sesuai ke?

Ya. Panduan ini memang disusun untuk membantu orang baru memahami proses daripada asas hingga urusan selepas menang.

Saya bukan used car dealer. Boleh ke?

Boleh. Antara kegunaan panduan ini ialah membantu individu memahami pembelian kenderaan lelong untuk kegunaan sendiri atau keluarga.

Kereta lelong semuanya rosak ke?

Tidak semestinya. Keadaan setiap kenderaan berbeza. Sebab itu panduan menerangkan perkara seperti POS, laporan pemeriksaan jika tersedia, viewing dan perkara yang patut diperhatikan sebelum bidaan.

Betul ke boleh dapat lebih murah daripada pasaran?

Ada contoh kenderaan yang ditawarkan pada harga rezab lebih rendah daripada harga pasaran yang dirujuk. Namun tiada jaminan setiap kenderaan akan murah dan harga akhir bergantung kepada bidaan.

Kereta lelong ini di KL sahaja ke?

Tidak. Lelongan kenderaan berlaku di seluruh Malaysia. Dalam panduan ini kami kongsikan 25 lokasi lelong yang meliputi pelbagai negeri, jadi anda boleh mencari kenderaan yang lebih dekat dengan kawasan anda.

Kena sediakan cash?

Pembeli perlu bersedia memenuhi kaedah dan tempoh pembayaran yang ditetapkan oleh pihak lelong. Sebab itu kemampuan kewangan perlu dirancang sebelum membida.

Kalau saya tak tahu pasal enjin?

Anda boleh mendapatkan bantuan kenalan atau mekanik yang lebih arif ketika viewing jika perlu. Yang penting ialah tahu perkara yang patut diperiksa.

Bagaimana saya menerima ebook?

Link akses ebook akan dihantar secara automatik ke email selepas pembayaran disahkan berjaya. Pastikan alamat email yang digunakan semasa pembelian adalah tepat dan semak folder Spam/Junk jika email tidak kelihatan.

SEBELUM BIDAAN PERTAMA ANDA

Belajar dahulu. Fahami prosesnya.
Kemudian buat keputusan.

Supaya apabila peluang yang sesuai muncul, anda tahu apa yang sedang anda lihat, apa yang perlu diperiksa dan apa yang perlu dikira.

Dapatkan Rahsia Kenderaan Lelong — RM80 →