Di Malaysia, berhutang sudah jadi norma.
Ada yang berhutang untuk memiliki rumah, ada yang berhutang untuk beli kereta, malah ramai yang berhutang untuk hal-hal kecil seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Tapi di sebalik hutang-hutang ini, ramai tidak sedar mereka masuk ke dalam perangkap kitaran hutang yang sukar dihentikan.
Bayangkan setiap kali gaji masuk, anda rasa lega. Tetapi dalam masa yang sama, hati makin risau, otak mula menghitung.
Duit yang masuk itu tak lama lagi akan hilang .. ditelan oleh hutang rumah, ansuran kereta, dan hutang lain yang sudah menunggu. Mungkin duit itu sempat singgah sehari dua sahaja di akaun anda, tak sempat anda nak gunakannya untuk keluarga atau keperluan diri, baki di akaun sudah tinggal 2-3 ratus sahaja!.
Bulan lepas macam ini, bulan ini pun macam ini, dan nampaknya bulan depan pun akan sama sahaja. Hidup anda macam sudah diset untuk satu tujuan: membayar hutang.
Duit habis, kepala makin serabut, hati makin risau!.
Kadang-kadang, anda terfikir.... sampai bila hidup anda akan seperti ini?
Tetapi... bagaimana kalau saya katakan, ada cara untuk keluar dari kitaran hutang ini – dan mungkin ia jauh lebih mudah dari yang anda bayangkan?
Inilah panduan praktikal untuk sesiapa yang ingin keluar dari kitaran hutang. Dalam ebook ini, Dr. HM Tuah Iskandar tidak sekadar memberi teori. Beliau pernah berada di tempat anda – seorang yang terjerat dengan hutang, merasai bebanan yang menghimpit. Tetapi dengan tekad, usaha dan strategi yang tepat, beliau berjaya.
Ebook ini adalah panduan nyata yang beliau gunakan untuk bebas dari belenggu hutang. Semua kaedah di sini telah dicuba, diuji dan terbukti membantu mereka yang mahu hidup lebih tenang, jauh dari cengkaman hutang.