Rahsia Hidup Tenang Tanpa Hutang.

Hutang bukan sekadar angka! Ia adalah punca stres, tekanan, dan ketidakpastian dalam hidup. Kini anda boleh bebaskan diri dengan panduan praktikal yang mudah dan berkesan.

Di Malaysia, berhutang sudah jadi norma.

Ada yang berhutang untuk memiliki rumah, ada yang berhutang untuk beli kereta, malah ramai yang berhutang untuk hal-hal kecil seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Tapi di sebalik hutang-hutang ini, ramai tidak sedar mereka masuk ke dalam perangkap kitaran hutang yang sukar dihentikan.

Bayangkan setiap kali gaji masuk, anda rasa lega. Tetapi dalam masa yang sama, hati makin risau, otak mula menghitung.

Duit yang masuk itu tak lama lagi akan hilang .. ditelan oleh hutang rumah, ansuran kereta, dan hutang lain yang sudah menunggu. Mungkin duit itu sempat singgah sehari dua sahaja di akaun anda, tak sempat anda nak gunakannya untuk keluarga atau keperluan diri, baki di akaun sudah tinggal 2-3 ratus sahaja!.

Bulan lepas macam ini, bulan ini pun macam ini, dan nampaknya bulan depan pun akan sama sahaja. Hidup anda macam sudah diset untuk satu tujuan: membayar hutang.

Duit habis, kepala makin serabut, hati makin risau!.
Kadang-kadang, anda terfikir.... sampai bila hidup anda akan seperti ini?

Tetapi... bagaimana kalau saya katakan, ada cara untuk keluar dari kitaran hutang ini – dan mungkin ia jauh lebih mudah dari yang anda bayangkan?

Memperkenalkan!
Ebook “Jom Bebas Hutang
Beserta Ebook Bonus "10 Teknik Tuntut Hutang"
oleh Dr HM Tuah Iskandar

Inilah panduan praktikal untuk sesiapa yang ingin keluar dari kitaran hutang. Dalam ebook ini, Dr. HM Tuah Iskandar tidak sekadar memberi teori. Beliau pernah berada di tempat anda – seorang yang terjerat dengan hutang, merasai bebanan yang menghimpit. Tetapi dengan tekad, usaha dan strategi yang tepat, beliau berjaya.

Ebook ini adalah panduan nyata yang beliau gunakan untuk bebas dari belenggu hutang. Semua kaedah di sini telah dicuba, diuji dan terbukti membantu mereka yang mahu hidup lebih tenang, jauh dari cengkaman hutang.

Apa yang Anda Akan Pelajari dalam Ebook Ini?

#1. Teknik Langsaikan Hutang Cepat

Anda akan mendapat 10 cara praktikal yang boleh terus diaplikasikan untuk melangsaikan hutang tanpa perlu menambah hutang baru. Teknik ini membolehkan anda memanfaatkan sumber yang sudah ada untuk melangsaikan hutang lebih cepat dan cekap.

#2. Mengenal Jenis Hutang yang Bijak dan yang Merosakkan

Tidak semua hutang itu sama. Anda akan belajar membezakan hutang yang berpotensi membawa keuntungan dan hutang yang hanya menyedut wang anda setiap bulan. Ini membolehkan anda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan mengelak hutang yang merugikan.

#3. Cara Mengurus Hutang Besar dengan Bijak

Rumah, kereta, dan kad kredit sering menjadi hutang besar yang menimbulkan tekanan. Bab ini membimbing anda dengan langkah yang berkesan untuk mengurus hutang-hutang ini tanpa mengorbankan kualiti hidup.

 

#4. Strategi Menangani Hutang Kecil Supaya Tidak Terbeban

Hutang kecil seperti pinjaman peribadi atau kad kredit boleh menjadi beban besar jika tidak diurus dengan betul. Ebook ini membantu anda menyusun pelan pembayaran untuk hutang-hutang kecil supaya ia tidak menjadi masalah besar di masa depan.

#5. Kaedah Penguncupan Hutang – Fokus Selesaikan Satu Persatu

Dengan teknik “penguncupan hutang,” anda akan belajar cara mengatasi hutang satu per satu, memberi kelegaan setiap kali satu hutang selesai. Kaedah ini terbukti membantu anda merasa kemajuan dengan lebih cepat.

#6. Mindset Positif dan Imaginasi Cemerlang dalam Urus Hutang

Selain teknik kewangan, ebook ini juga mengajar cara membina mentaliti bebas hutang. Dengan mindset yang kuat, anda akan lebih termotivasi dan kreatif dalam mencari penyelesaian kewangan untuk hidup bebas hutang.

#7. Tip Berjimat tanpa Mengorbankan Kualiti Hidup

Anda tidak perlu hidup dengan ketat untuk berjimat. Ebook ini menyajikan cara berjimat yang praktikal, membolehkan anda mengurus kewangan tanpa perlu berasa terlalu terbeban. Anda akan belajar tip-tip cerdas yang boleh terus diaplikasikan

#8. Langkah Mendapatkan Bantuan Kewangan dengan Bijak

Kadang-kadang, kita perlukan bantuan untuk keluar dari masalah kewangan. Anda akan belajar cara mendapatkan sokongan dari sumber yang sah tanpa menjejaskan maruah, termasuk panduan untuk berunding dengan institusi kewangan dan keluarga.

#9. Cara Elak Hutang Baru dan Bina Masa Depan Tanpa Hutang

Bab ini membantu anda membuat pelan kewangan jangka panjang supaya anda tidak lagi jatuh dalam kitaran hutang. Anda akan belajar cara mengelak dari hutang baru serta membina asas kewangan yang lebih kukuh untuk masa depan.

#10. Cara Susun Semula Belanja Harian dengan Lebih Bijak

Pengurusan perbelanjaan harian adalah kunci untuk mengelakkan hutang. Anda akan belajar cara menyusun perbelanjaan dengan lebih bijak, termasuk teknik mengutamakan keperluan berbanding kehendak, agar tidak terjebak dalam hutang baru.

#11. Menetapkan Matlamat Kewangan yang Realistik 

Salah satu sebab orang berhutang ialah tiada matlamat kewangan yang jelas. Dalam bab ini, anda akan belajar cara menetapkan matlamat kewangan yang realistik dan menyusun langkah-langkah mencapainya dengan bijak, tanpa bergantung pada hutang.

#12. Taktik Menggunakan Aset untuk Melangsaikan Hutang

Kadangkala aset yang kita miliki boleh menjadi sumber untuk melangsaikan hutang. Anda akan belajar cara menilai aset anda, termasuk strategi menjual atau memajakkan aset dengan bijak untuk mengurangkan hutang dengan cepat dan tanpa kerugian besar.

Tentang Penulis

HM Tuah Iskandar bukan sekadar penulis biasa. Beliau ialah seorang motivator yang telah membantu ribuan orang memahami, mengurus, dan akhirnya bebas dari belenggu hutang. Pengalaman beliau bukan cerita mudah – sebelum bebas dari hutang, beliau sendiri pernah bergelut dengan beban kewangan yang hampir meragut ketenangan hidupnya.

 

Daripada situasi getir ini, HM Tuah belajar sesuatu yang tak ternilai – hutang bukan sekadar soal kewangan, ia adalah soal keberanian, strategi, dan disiplin yang tinggi. Apa yang beliau lalui dan pelajari kini dibukukan dalam bentuk panduan praktikal, supaya anda juga boleh merasa nikmat hidup tanpa hutang.

 

Dengan gaya penulisan yang mesra, tegas, dan penuh inspirasi, HM Tuah menyalurkan ilmu dari pengalaman peribadi, memberi anda alat yang berkesan untuk melepaskan diri dari kitaran hutang. Kini, misi beliau adalah satu: membantu anda membina masa depan yang bebas, tenang, dan lebih bermakna.

 

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Siapa yang Patut Membaca Ebook Ini?

Mereka yang Penat Hidup dengan Hutang

Jika anda penat dengan bil, ansuran, dan hutang yang perlu dibayar setiap bulan, ebook ini adalah untuk anda.

Yang Berhajat untuk Bebas Kewangan

Sebab hidup bebas hutang bukan sekadar bebas kewangan, ia adalah kebebasan mental. Ebook ini membantu anda membina kewangan yang kukuh tanpa hutang.

Mereka yang Baru Memulakan Kehidupan Berkeluarga

Jangan biarkan hutang menghantui keluarga anda. Dengan panduan ini, anda boleh merancang kewangan yang lebih stabil untuk masa depan keluarga.

Berapa Harga Ebook Ini?

Bayangkan… hanya dengan RM27, anda boleh memiliki panduan lengkap yang bakal mengubah cara anda mengurus kewangan dan membebaskan diri dari belenggu hutang.

 

Apa yang anda dapat dengan hanya RM27?

 

  • Strategi Langsai Hutang – 17 bab padat dengan teknik dan langkah praktikal yang boleh anda mula gunakan segera untuk melangsaikan hutang dengan bijak.
  • Pengalaman dan Tip Berharga – Setiap bab mengandungi pengalaman sebenar dan nasihat praktikal dari HM Tuah Iskandar, seorang yang pernah merasai bebanan hutang dan kini hidup bebas daripadanya.
  • Pelan Tindakan Nyata – Bukan sekadar motivasi, ebook ini adalah pelan yang akan membantu anda mengurus, mengurangkan, dan akhirnya menamatkan hutang anda.

Hanya RM27 untuk masa depan yang lebih tenang dan bebas dari hutang!

Ini bukan harga untuk sekadar bacaan biasa – ini adalah pelaburan kecil yang bakal memberi pulangan besar untuk hidup anda. Bertindak sekarang, kerana masa depan bebas hutang bermula dengan satu langkah kecil ini.

Jaminan Kepuasan Atau 100% Wang Amda Dikembalikan!

Dengan setiap pembelian ebook ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda dalam membantu anda melangsaikan hutang, saya akan pulangkan wang RM27 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di [email protected] tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.

Klik gambar ebook di bawah untuk lakukan pembelian ebook Jom Bebas Hutang ini pada harga RM27 sahaja SEKARANG ..

P/s:- Ramai orang sibuk bersedekah dengan harapan akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya di kemudian nanti, mereka dapat membayar hutang-hutang yang ada. Sedangkan membayar hutang itu adalah perkara wajib dan bersedekah itu pula adalah perkara sunat. Dahulukan yang wajib dan kemudian barulah lakukan yang sunat. Pasang niat untuk membayar hutang "ketat-ketat" dalam hati... kelak anda akan lihat betapa mudahnya urusan anda mendapatkan rezeki hingga terlangsai segala hutang dan terus terlebih-lebih hingga anda terpaksa pula banyak bersedekah! Dahulukan yang wajib, insyaAllah yang sunat akan menjadi lebih mudah!

P/p/s :- Dalam ebook ini penulis berkongsikan prinsip-prinsip kewangan yang penulis amalkan dalam hidup, ianya telah dapat membantu penulis untuk hidup bebas tanpa hutang. Penulis percaya anda juga boleh melakukannya jika mengamalkan prinsip yang sama.

P/p/s :- Oh ya! Jika ada orang lain yang berhutang dengan anda, mungkin juga anda boleh kongsikan halaman ini dengan mereka! Mana tahu terbuka hati mereka untuk membayar hutang anda pula... Klik sahaja butang share dibawah ini

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing (002746251-P),
Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, MALAYSIA.
WhatsApp: +601133050950

Terma & Syarat

  1. Penghantaran eBook: eBook akan dihantar secara automatik ke alamat emel yang diberikan sebaik sahaja pembayaran disahkan. Pastikan alamat emel yang didaftarkan adalah tepat semasa pembelian. Jika eBook tidak diterima dalam tempoh beberapa minit, sila semak folder Spam atau Junk. Hubungi kami sekiranya masih ada isu.

  2. Penggunaan Peribadi: eBook ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Pengedaran, perkongsian, atau penjualan semula eBook kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang dan melanggar hak cipta.

  3. Polisi Pemulangan Wang: Jika anda tidak berpuas hati dengan eBook yang dibeli, permintaan pengembalian wang boleh dibuat dalam masa 30 hari selepas pembelian. Pengembalian wang hanya akan dipertimbangkan jika terdapat masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai proses ini.

  4. Polisi Privasi: Kami menghargai privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi yang diberikan semasa pembelian. Maklumat ini hanya akan digunakan untuk tujuan penghantaran eBook dan komunikasi berkaitan pembelian anda dan tidak akan dikongsikan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.

  5. Sokongan Pelanggan: Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal atau mempunyai pertanyaan tentang eBook ini, sila hubungi pasukan sokongan kami melalui emel atau nombor whatsapp yang terdapat di laman web kami.

Penafian Hasil dan Penggunaan:

Kandungan dalam eBook ini bertujuan sebagai panduan umum untuk membantu anda dalam mengurus dan membebaskan diri daripada hutang. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa anda akan mencapai hasil yang tertentu atau bebas sepenuhnya dari hutang dengan menggunakan panduan dalam eBook ini. Kejayaan dalam pengurusan kewangan bergantung kepada pelbagai faktor termasuk usaha peribadi, situasi kewangan individu, dan disiplin dalam mengikuti strategi yang disarankan.

Segala maklumat yang diberikan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan profesional. Sila dapatkan nasihat daripada pakar kewangan jika anda memerlukan panduan lebih lanjut yang sesuai dengan situasi kewangan anda. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan atau tindakan yang diambil berdasarkan maklumat dalam eBook ini.