Skip to content

Terbit Ebook Di Klikjer

“Tulis Sekali, Hasil Berkali-kali!”

Ada ilmu & pengalaman yang bermanfaat? Susun dan tuliskan ia menjadi ebook.. kemudian, serahkan kepada kami! Kami akan uruskan segala urusan penerbitan dan penjualannya. Selepas itu, anda tunggu sahaja bayaran royalti masuk ke akaun bank anda pada setiap bulan!

Download “Author Kit”

Masukkan nama & email anda dibawah untuk menerima kit panduan menjadi penulis di Klikjer! Author kit ini mengandungi template ebook, borang proposal serta prosedur lengkap menjadi penulis di klikjer!

6 Sebab Anda Perlu Terbitkan Ebook Anda Di Klikjer

“Zero” Kos = Tiada Risiko!

Ya! Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menerbitkan infoproduk anda bersama kami. Segala kos yang terlibat akan ditanggung oleh pihak kami. Disebabkan tiada sebarang kos yang anda keluarkan, maka, ianya juga bermakna tiada sebarang risiko yang perlu anda tanggungi jika ebook anda tidak berjaya dijual

Royalti 50%, Dibayar Setiap Bulan!

Kami akan membayar anda royalti setinggi 50% dari keuntungan bersih jualan ebook anda. Bayaran royalti ini pula akan dilakukan pada setiap bulan. Ianya 10x ganda lebih baik dari penerbitan buku konvensional dimana anda hanya akan diberi royalti sekitar 5% dan dibayar hanya 1 atau 2 kali setahun.

Bebas Teknikal

Anda tidak perlu lagi risau dan pening kepala memikirkan tentang bagaimana mahu membina website, setup hosting & domain, memasang sistem affiliate, dan segala hal-hal teknikal yang merimaskan, segalanya akan diuruskan oleh pihak kami. Apa yang perlu anda lakukan, hanya hasilkan infoproduk anda sebaik mungkin. Perkara lain, biar kami yang uruskan.

Notifikasi Jualan!

Sebagai penulis, anda akan menerima email makluman setiap kali ada pembeli yang membeli ebook anda! Ianya adalah secara real-time! Anda boleh ketahui siapa yang membeli ebook anda!..

Lebih 20,000 Agen Jualan

Sehingga kini, pihak kami telah mempunyai lebih dari 20,000 orang affiliate dan jumlahnya semakin bertambah setiap hari. Mereka ini sedia untuk mempromosikan ebook anda pada bila-bila masa sahaja

Pendapatan Pasif

Jika anda inginkan pendapatan yang benar-benar pasif! Inilah caranya… Anda hanya perlu tulis ebook sekali sahaja, kemudian terima wang royalties masuk ke akaun anda berkali-kali setiap bulan!!

Apa Kata Mereka?

Jom lihat apa kata penulis-penulis yang ebook mereka telah diterbitkan oleh pihak Klikjer!

Saya terkejut lepas seminggu launch ebook di klikjer, rupanya tinggi permintaan pada ebook saya. Alhamdulillah, dengan ebook yang saya kongsikan ianya dapat beri banyak manfaat untuk ramai orang.

Ramai yang whatsapp saya juga tanya soalan² yang tidak saya kongsikan dalam ebook.
Bagi saya, kerja marketing dari pihak klikjer memang power. Sebab founder² butik pun chat & pm saya untuk beli ebook tulisan saya.

Ribuan terima kasih buat klikjer!

MADIHAH MUSTAFHA

BisnesTudung.com


Saya ada tulis ebook. Tapi pening pula macam mana nak marketing dan promote ebook tu?.
Then, saya hantar manuskrip kepada Klikjer.

Setelah dinilai dan diterima, produksi landing page, domain bagai semua tu klikjer uruskan.

Saya hanya duduk tunggu bulan-bulan masuk royalti. Itulah sebabnya saya setia buat JV dengan Klikjer – servis pantas dan reputasi bagus. Tiap-tiap bulan royalti masuk terus ke akaun bank dan tak pernah lewat sejak 2013.

Nak tahu betapa power terbit ebook dengan Klikjer?

Sales ebook saya dah lepas 6-angka dah pun!

NIGEL ONG
RahsiaTaobao.com , Rahsia1688.com , RahsiaPinduoduo.com


Menjadi penulis di Klikjer memudahkan hidup saya…huhu!.

Just siapkan ebook, lepas tu serahkan pada klikjer untuk selesaikan A-Z. Marketing, minisite, ecover dan lain-lain klikjer yang akan uruskan dengan profesional. Jadi saya boleh fokus 100% pada kerja & bisnes saya.

Klikjer, memang mantap dan publisher ebook terbaik di Malaysia!

MIZAN SULAIMAN

BisnesAirBalang.com

4 Langkah Terbit Ebook Anda Di Klikjer

LANGKAH #1

Download Author Kit

Muatturun Author Kit yang kami sediakan. Di dalam author kit tersebut mengandungi prosedur penerbitan, template ebook serta borang proposal.

LANGKAH #2

Isi & Tulis

Isikan borang proposal dan tulis manuskrip ebook anda menggunakan template ebook yang diberikan.

Langkah #3

Hantar Ebook & Proposal

Setelah siap, hantarkan manuskrip ebook anda beserta borang proposal kepada kami menerusi email. Pihak kami akan membuat penilaian terhadap proposal dan manuskrip anda.

Langkah #4

Terima Royalti

Jika manuskrip anda di terima, pihak kami akan terbitkan ebook anda dan kemudian, anda tunggu wang royalti masuk ke akaun bank anda pada setiap bulan.

Soalan Lazim Penulis

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diterima oleh pihak kami berkenaan menjadi penulis di klikjer.

Bagaimanakah jadi penulis di klikjer?

Langkah pertama yang perlu anda lakukan, ialah, dapatkan “Klikjer Author Kit”. Di dalam kit tersebut, terdapat template ebook, prosedur lengkap bagaimana untuk menjadi penulis di klikjer serta borang proposal. Anda perlu mengisi borang proposal tersebut dan kemudiannya, emailkan ia kepada kami beserta manuskrip ebook anda!

Ebook bagaimanakah yang diterbitkan?

Di klikjer, kami hanya menerbitkan ebook yang berbentuk panduan, iaitu ebook kategori non-fiction. Oleh itu, ebook-ebook yang berbentuk fiksyen seperti novel, puisi, resepi, sajak dan karya sastera.. pihak kami tidak terbitkan.

Bolehkah saya hantar ebook bahasa inggeris?

Maaf, buat masa ini, pihak kami hanya menerbitkan ebook-ebook di dalam bahasa melayu sahaja.

Berapakah kadar royalti untuk penulis?

Di klikjer, kami membayar royalti kepada pihak penulis, sebanyak 50% daripada hasil keuntungan bersih jualan. Contoh pengiraan royalties ini ada ditunjukkan di dalam “Author Kit”.

Bilakah royalti akan dibayar kepada penulis?

Pihak kami membayar royalti kepada penulis pada setiap bulan. Iaitu pada setiap awal bulan bagi jualan yang terkumpul bagi bulan sebelumnya. Sebagai contoh, hasil jualan pada bulan Januari, akan dibayar kepada penulis pada awal bulan Februari.

Berapa banyak royalti boleh saya dapat?

Bayaran royalti adalah bergantung kepada hasil jualan ebook anda. Semakin laris jualannya, maka semakin banyaklah royalti yang anda akan terima. Namun begitu, berdasarkan data kami yang sedia ada, secara purata, setiap penulis akan menerima sekitar 3-4 angka royalti setiap bulan. Malah, ada juga penulis yang menerima royalti 5 angka sebulan!

Berapakah kos pihak penulis perlu keluarkan?

Zero Kos! Pihak penulis tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menerbitkan ebook di klikjer. Segala kos penerbitan seperti kos domain, hosting, bina website dan sebagainya, akan ditanggung oleh pihak klikjer.

Berapakah tempoh untuk ebook saya diterbitkan?

Selepas anda hantar manuskrip ebook beserta borang proposal anda kepada kami, ia akan melalui proses penilaian terlebih dahulu. Jika lulus proses penilaian tersebut, ia selalunya akan mengambil masa antara 1-3 bulan untuk ebook anda diproses dan diterbitkan.

Jika ada sebarang soalan lain, sila hantarkan soalan anda kepada kami menerusi borang hubungi kami di sini

Klikjer Publishing (002746251-P)
Bandar Baru Bangi,  43650, Selangor. Malaysia.
+6 011 33050950