
Mari kita renungkan kembali kisah Yakjuj & Makjuj yang seringkali kita dengar dari meja-meja penceramah. Yakjuj & Makjuj diceritakan sebagai sekumpulan kaum manusia ganas yang suka membunuh, merogol, mencuri, merampas ternakan dan membuat kerosakan kepada tanaman dan harta benda. Kemudian, datang Raja Zulkarnain membina sebuah tembok untuk menghalang dan mengurung kaum Yakjuj & Makjuj tersebut dari membuat ancaman lagi.
Namun, apabila kisah ini dianalisis dengan lebih mendalam menggunakan pertimbangan akal dan fakta sains, terdapat empat persoalan utama yang sukar dijelaskan...
#1. Kenapa Zulkarnain tidak "hapuskan" saja?
Sejarah membuktikan Zulkarnain ialah seorang pemerintah agung yang memiliki angkatan tentera paling digeruni pada zamannya. Kalau musuhnya hanyalah sekadar manusia biasa keturunan Adam, kenapa baginda tidak hapuskan saja kaum Yakjuj Makjuj itu? Kenapa perlu sampai bersusah payah nak kena bina struktur besi gergasi? Bukankah struktur batu & tanah sudah mencukupi untuk menghalang serangan manusia? Seperti mana yang dilakukan oleh semua empayar pemerintahan dalam sejarah peradaban manusia.
#2. Misteri waktu pembinaan
Untuk membina tembok setinggi gunung, sudah pastinya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan, bukannya sehari-dua! Jadi.. mustahil sekumpulan manusia ganas yang tidak terkalahkan hanya sekadar melihat & menonton sahaja para pekerja/bala tentera Zulkarnain menyusun kepingan besi dan tuang tembaga cair untuk bina tembok tersebut..? Kenapa "kaum ganas" Yakjuj & Makjuj ni tidak menyerang dan sekaligus mengagalkan projek pembinaan tersebut?
#3. Takkan mereka sekadar menggali sahaja?
Jika Yakjuj & Makjuj ialah manusia keturunan Adam yang mempunyai akal fikiran, munasabahkah mereka menghabiskan masa beribu-ribu tahun semata-mata untuk mengorek satu binaan logam? Kawasan pergunungan amat luas; mereka tentu mampu mendaki cerun atau mencari laluan alternatif di sekeliling banjaran untuk melepasi halangan tersebut.
#4. Macam mana mereka hidup?
Kalau betul Yakjuj & Makjuj itu kaum manusia dan merupakan keturunan Adam, macam mana pula mereka boleh survive beribu-ribu tahun terasing & terkurung di sebalik tembok? Beranak-pinak hingga cecah billion populasi tetapi tidak dapat dikesan oleh satelit moden penempatan mereka?
Rasa macam ada sesuatu yang tak kena & terlepas, kan?
Seolah-olah "sesuatu" yang Zulkarnain kurung itu bukanlah seperti apa yang kita bayangkan selama ini...
Bersiaplah untuk satu pendedahan yang bakal memecah tembok pemikiran tradisional anda selama ini. Sebelum anda melangkah lebih jauh, sila perhatikan tiga fakta besar dari Al-Quran yang jarang sekali dikupas secara jujur...
FAKTA #1: Al-Quran TIDAK PERNAH menggunakan istilah "Kaum" untuk Yakjuj & Makjuj!
Cuba anda buka Surah Al-Kahfi, dan lihat ayat 94. Perhatikan teks bahasa arab perkataan demi perkataan dalam ayat tersebut. Al-Quran tidak pernah meletakkan perkataan "kaumihi", "kauma", atau "kaum" sebelum ataupun selepas perkataan Yakjuj & Makjuj.

Bandingkan dengan ayat lain.. apabila Allah berbicara tentang sekelompok manusia, Allah pasti akan menyebut perkataan "kaum". Contohnya dalam Surah Al-Baqarah ayat 67 (Musa li kaumihi = kaum Nabi Musa) atau Surah Ali-Imran ayat 86 (kauman kafaru = kaum kufur) atau Surah Al-Maaidah ayat 25 (kaumil fasikin = kaum fasik) dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang lain.. apabila Allah ingin merujuk kepada suatu "golongan manusia" , Allah akan gunakan perkataan "kauma / kaumi / kaumihi".
Tetapi.. pada ayat yang menyebut tentang "Yakjuj & Makjuj", tiada perkataan "kaum".
Jadi, jika Al-Quran sendiri tidak pernah memanggil Yakjuj & Makjuj itu "kaum", atas dasar apakah kita begitu yakin bahawa mereka merupakan kelompok manusia?
FAKTA #2: Zulkarnain tidak membina "TEMBOK DINDING", tetapi beliau membina "PENUTUP".
Dalam Surah Al-Kahfi ayat 94, kaum yang terancam itu meminta Zulkarnain membina "Sadda" (dinding). Lihat semula perkataan terakhir ayat 94 diatas.
Kemudian, perhatikan pula jawapan Zulkarnain pada perkataan terakhir dalam ayat 95 dibawah. Beliau tidak menggunakan perkataan "Sadda", sebaliknya beliau menegaskan akan membina "Radma" (penutup).

Dalam bahasa Arab, "Radma" bermaksud penutup atau timbunan yang menutup lubang secara total. Persoalannya, kenapa Zulkarnain menukar istilah "Dinding" kepada "Penutup"? Apa sebenarnya makhluk Yakjuj & Makjuj itu sehingga ia perlu "ditutup" dan bukannya sekadar "dihalangi" dengan tembok dinding?
FAKTA #3 : Nama Yakjuj Makjuj mempunyai kaitan dengan API dan GELOMBANG!
Dalam bahasa Arab, terdapat beberapa pandangan tentang asal-usul nama Yakjuj dan Makjuj.
Perkataan Yakjuj (يأجوج) dikaitkan dengan akar kata أجّ (ajja) dan أجيج (ajīj) yang membawa maksud api yang menyala dengan marak atau berkobar-kobar.
Manakala Makjuj (مأجوج) pula turut dikaitkan dengan perkataan مَاجَ (māja) yang bermaksud bergelora, berombak atau bergerak dengan kuat seperti gelombang laut.
Jika kita gabungkan kedua-dua gambaran bahasa ini, kita akan mendapat satu gambaran yang cukup menarik:
API YANG MARAK DAN BERGELORA SEPERTI GELOMBANG.
Cuba bayangkan sesuatu yang menyala dengan sangat marak, bergerak dan bergelora seperti ombak yang tidak berhenti.
Adakah anda dapat membayangkan sesuatu?
Jika fakta ini membuatkan anda terdiam, itu tandanya masih banyak rahsia akhir zaman yang belum kita fahami.
Jadi, inilah masanya untuk anda menggali lebih dalam lagi tentang hakikat sebenar perihal "Yakjuj & Makjuj" ini.
Ebook ini bukan sekadar mengulang naratif lama. Dan ia bukan sekadar "teori baharu" yang menarik untuk dibaca lalu dilupakan.
Ia adalah hasil kajian bertahun-tahun yang menggabungkan empat disiplin ilmu sekaligus — nas Al-Quran, Ilmu Geologi, Sejarah Empayar, serta Sains Vulkanologi moden — untuk menjawab soalan yang selama 1,400 tahun tidak pernah dijawab dengan memuaskan:
Apa sebenarnya yang Zulkarnain kurung itu?
Apabila anda baca ebook ini, anda tidak akan sekadar dapat sudut pandang baru. Anda akan nampak sendiri — perkataan demi perkataan dalam teks Arab Al-Quran — bahawa petunjuk kepada jawapan itu sebenarnya sudah sentiasa ada di sana. Ia hanya menunggu seseorang yang sanggup duduk, buka kamus Arab, buka peta geologi, dan tanya soalan yang orang lain tidak berani tanya.
Bersiaplah untuk membaca sesuatu yang akan membuatkan anda letakkan telefon, duduk diam sebentar, dan berkata..
"Kenapa perkara ni tak pernah diajar di sekolah mahupun di meja ceramah?"
Naskah setebal 130+ muka surat ini bukan sekadar bacaan santai, ia adalah sebuah pengembaraan minda. Berikut adalah antara "rahsia" yang akan dibongkar:
Ebook diatas membongkar SIAPA dan APAKAH Yakjuj & Makjuj dari sudut Al-Quran, geologi, dan sejarah empayar.
Tapi ramai pembaca kemudian bertanya soalan yang lebih dalam...
"Bagaimana pula dengan hadis-hadis Nabi ﷺ? Bukankah ada banyak hadis yang cerita tentang Yakjuj & Makjuj secara terperinci? Kalau Yakjuj & Makjuj bukan manusia... macam mana nak jelaskan semua hadis-hadis tu?"
Soalan yang sangat bagus. Dan itulah sebabnya ebook bonus eksklusif ini ditulis — dan tidak dijual di mana-mana secara berasingan.

Ebook ini mengambil setiap hadis sahih tentang Yakjuj & Makjuj — satu demi satu — dan menganalisisnya secara teliti menggunakan tiga lapisan ilmu sekaligus:
Hanya hadis berstatus Sahih dan Hasan Sahih sahaja yang digunakan. Tiada hadis daif atau palsu dijadikan hujah & kajian.
Sahih Bukhari No. 3346
Kenapa Nabi ﷺ terbangun dalam keadaan cemas? Apakah yang baginda "lihat" yang membuatkan baginda sebegitu takut — dan mengapa baginda terus bersabda "Celakalah orang Arab"?
Sahih Bukhari No. 6530
"Dari setiap seribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan ke neraka..." Kebanyakan tafsiran mengandaikan angka ini merujuk kepada jumlah manusia. Tapi adakah perkataan Arab dalam hadis ini benar-benar berkata demikian? Analisis linguistiknya mengejutkan.
Sahih Muslim No. 2937
Hadis paling panjang dan paling kaya tentang akhir zaman. Ebook ini memetakan 12 elemen dalam hadis ini kepada fenomena gunung berapi yang spesifik — dengan nama gunung berapi sebenar dan tahun kejadiannya sebagai bukti empirikal.
Hadis paling pendek dalam senarai ini — tetapi mengandungi implikasi yang paling besar. Nabi ﷺ bersabda dengan penegasan paling kuat dalam bahasa Arab: "Ka'bah pasti akan tetap dihajikan dan diumrahkan selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj."
Cuba baca & hadam ebook ini selama 30 hari. Jika anda rasa ilmu dalam ebook ini langsung tidak membuka minda dan memberikan perspektif baru kepada anda. Kami akan pulangkan 100% wang anda.
Penulisan yang membuka minda!.
Selama ini tak sangka XXXXX itu adalah yakjuj dan makjuj. Segala bukti dan dalil adalah bertepatan dan rasional beserta penjelasan yg lengkap. Terbaik penulis!
Penulis telah membuka mata saya mengenai penceritaan yakjuj dan makjud yg kita selama ini tak sangka ia sebenarnya penuh Rahsia
Mohd Farizil Anuar[email protected]Ebook yang sangat bermanfaat dan berilmiah. Merungkai misteri yakjuj makjuj dari perspektif baru, dikupas dari sudut kajian volkanik dan disokong dengan dalil dari al-Quran dan hadis nabi.
Hafiz Anuar[email protected]Penulis telah membuka lebaran baru dalam memahami tentang Yakjuj&Makjuj yang selama ini ia adalah mahkluk yang bernyawa tapi penulis berteori Yajuj&Makjuj ialah bencana dahsyat yang boleh memusnahkan alam ini.
ABDUL RAHMAN LAI[email protected]Satu-satunya Kajian Seumpamanya Di Dunia
Jarang ada pengkaji yang berani menggabungkan ilmu eskatologi dengan data geologi, sejarah empayar, analisis hadis, dan vulkanologi secara detail dalam satu pakej. Kedua-dua ebook ini membentuk satu kerangka ilmiah yang lengkap — dari ayat Al-Quran sehinggalah ke hadis-hadis sahih — yang tidak anda jumpa dalam mana-mana buku akhir zaman lain di pasaran.
Membuktikan Mukjizat Al-Quran & Hadis Nabi ﷺ
Ebook pertama menunjukkan betapa saintifiknya Al-Quran dalam menerangkan fenomena alam yang hanya baru difahami sains moden hari ini. Ebook kedua pula mendedahkan lebih 30 padanan spesifik antara frasa-frasa dalam hadis sahih dengan fenomena gunung berapi yang baru ditemui sains pada abad ke-19, 20, dan 21 — sedangkan hadis itu disampaikan pada abad ke-7. Apabila dua ebook ini dibaca bersama, kebesaran wahyu Allah menjadi semakin nyata dan menggetarkan.
Anda tidak perlu tunggu kiamat untuk merasai manfaat kedua-dua ebook ini.
Manfaatnya bermula esok pagi — apabila anda buka YouTube dan terserempak dengan video ustaz yang bercerita tentang Yakjuj & Makjuj. Kali ini, anda tidak sekadar mengangguk. Anda mampu kenalpasti sesuatu hadis yang dipetik itu .. adakah sahih, daif, atau.. telah lama disahkan palsu oleh ulama hadis sendiri.
Manfaatnya terasa dalam perbincangan harian — apabila rakan atau ahli keluarga kongsikan cerita tentang Yakjuj & Makjuj di group WhatsApp. Kali ini, anda ada asas ilmu untuk menilai sendiri — bukan sekadar "share" atau "scroll" begitu sahaja.
Manfaatnya kekal sepanjang hayat — apabila anda membaca Al-Quran dan tiba pada kisah Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi. Kali ini, setiap perkataan terasa hidup. Anda nampak sesuatu yang orang lain tidak nampak. Bukan kerana anda lebih pandai — tetapi kerana kerana anda telah memahami konteks bahasa dan sains di sebaliknya.
Ini bukan ebook untuk orang yang nak tahu bila kiamat. Tiada siapa yang tahu itu.
Ini adalah ebook untuk orang yang nak faham apa yang Allah dan Rasul-Nya ﷺ sebenarnya sabdakan — dengan teliti, dengan jujur, dan dengan ilmu yang betul.
Selama 1,400 tahun, kita mewarisi cerita tentang Yakjuj & Makjuj. Tapi berapa ramai yang benar-benar duduk, buka teks Arab asal, dan tanya: "Adakah ini betul-betul apa yang tertulis?"
Kedua-dua ebook ini melakukan kerja itu untuk anda.
Cuba baca & hadam ebook ini selama 30 hari. Jika anda rasa ilmu dalam ebook ini langsung tidak membuka minda dan memberikan perspektif baru kepada anda. Kami akan pulangkan 100% wang anda.
Diterbitkan dan diedarkan oleh:

Klikjer Publishing (002746251-P)
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
WhatsApp: +6011-33050950
Terms & Conditions: The access link for the eBook will be automatically sent to your email once payment is confirmed and successful. Please ensure that the email provided during purchase is accurate. If you do not receive the access link within a few minutes after payment, check your Spam or Junk folder. Contact us if the issue persists. This eBook is for personal use only. Sharing or distributing the eBook to third parties without our written permission is prohibited and constitutes a copyright violation. By making a purchase, you agree to these Terms & Conditions.
Return Policy: A refund can be requested within 30 days of purchase if the customer is dissatisfied with our product
Privacy Policy: Your privacy is important to us. We gather basic details like your name, email, and payment information for transactions and service improvements. We use secure systems to keep your data safe and do not sell or share your information. Our site also uses cookies to enhance user experience, which you can disable in your browser settings. We may update this policy periodically, so please review it occasionally. For questions, feel free to contact us.