Berikut adalah koleksi soalan-soalan lazim yang sering ditanyakan. Jika anda mendapati soalan yang ingin anda tanyakan tiada disini, sila tanyakan soalan anda dengan dengan mengisikan borang "Hubungi Kami".
1. Siapakah yang boleh mendaftar ke dalam program ini?
Program affiliate klikjer.com ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja. Tiada had umur tertentu, yang penting, anda mempunyai akaun bank untuk menerima komisyen anda kelak.
2. Saya tidak mempunyai website, bolehkah saya mendaftar sebagai ahli?
Boleh! Tiada masalah.
3. Adakah saya perlu membayar yuran kehalian atau membeli sebarang produk sebelum boleh mendaftar sebagai ahli?
Tidak! anda tidak perlu membayar sebarang yuran dan tidak perlu membeli sebarang produk untuk mendaftar sebagai ahli. Keahlian adalah PERCUMA!
4. Adakah ini skim cepat kaya yang terbaru di internet?
Sudah tentunya tidak, sebabnya? Anda tidak perlu membayar sesen pun untuk menyertai program ini. Sedangkan salah satu ciri "skim cepat kaya" , anda perlu membayar sekian-sekian yuran untuk menjadi ahli dan menerima manfaat.
Program klikjer.com Ini adalah merupakan sebuah program affiliate. Ianya adalah seperti sebuah program agen jualan. Anda akan diberi komisyen berdasarkan jualan yang terhasil daripada promosi anda.
5. Bagaimanakah saya boleh mendapat komisyen?
Komisyen akan diberikan bagi setiap jualan yang terhasil menerusi link affiliate anda.
6. Dimana saya boleh mendapatkan link affilite saya?
Anda boleh login ke ruangan ahli, disitu terdapat banyak banner yang boleh anda gunakan dan promosikan.
7. Bagaimana saya boleh menyemak jualan yang terhasil?
Anda boleh login ke ruangan ahli, disitu juga terdapat maklumat statistik berkenaan trafik serta jualan yang anda hasilkan
8. Berapa banyakkah komisyen yang boleh saya perolehi bagi setiap jualan?
Anda akan mendapat komisyen sebanyak 40% dari harga jualan ebook
9. Bilakah saya akan menerima duit komisyen saya?
Semua affiliate akan menerima bayaran komisyen mereka pada setiap awal bulan berikutnya, iaitu pada setiap 1hb-5hb setiap bulan. Bayaran tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Jadi, pastikan anda memberikan no akaun yang betul sewaktu mendaftar.
10. Bank apakah yang digunakan?
Buat masa ini, ahli affiliate mestilah mempunyai akaun bank Maybank atau CIMB.
11. Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun Maybank atau CIMB?
Anda masih boleh mendaftar, tetapi, anda mungkin akan menerima komisyen sedikit lewat . Mungkin 1-2 minggu selepas tempoh pembayaran komisyen selesai.
12. Apakah produk yang boleh saya promosikan di dalam program ini?
Buat masa ini, terdapat beberapa ebook yang boleh anda promosikan, pada masa akan datang, lebih banyak ebook yang akan dimasukkan ke dalam program affiliate ini.
13. Berapa lamakah id affiliate saya akan disimpan ke dalam komputer pelawat?
Cookies bagi ID affiliate anda akan terus berada di dalam komputer pelawat selama 90 tahun selagimana pelawat tersebut tidak memadamkan cookies di komputer mereka.
14. Saya tiada pengalaman di dalam bidang affiliate, bagaimanakah saya mahu mempromosikan link affiliate saya?
Usah risau, pihak kami juga ada menyediakan video tutorial bagaimana anda boleh mempromosikan link affiliate anda. Untuk menonton video tutorial tersebut, login ke dalam akaun anda dan klik pada link "Watch Tutorial Videos".
|