Mobirise simple website builder

 

BUAT DUIT SEBAGAI PENULIS?

Hasilkan produk info yang menarik & bermutu, dan biar kami uruskan segala urusan penerbitan dan penjualannya. Anda hanya perlu tunggu sahaja wang royalti masuk ke akaun anda setiap bulan

DOWNLOAD AUTHOR KIT DISINI!

Masukkan nama & email anda dibawah untuk menerima "Kit Panduan Penulis" di klikjer! Di dalam kit ini terdapat template ebook, serta prosedur penerbitan ebook.

6 SEBAB ANDA PERLU MENERBITKAN INFO PRODUK ANDA BERSAMA KAMI!

BEBAS TEKNIKAL

Anda tidak perlu lagi risau dan pening kepala memikirkan tentang bagaimana mahu membina website, mereka bentuk cover, memasang sistem affiliate, dan segala hal-hal teknikal yang merimaskan, segalanya akan diuruskan oleh pihak kami. Apa yang perlu anda lakukan, hanya hasilkan infoproduk anda sebaik mungkin. Perkara lain, biar kami yang uruskan.

ROYALTI 70% SETIAP BULAN

Kami akan membayar anda royalti setinggi 70% dari keuntungan bersih jualan ebook anda. Bayaran royalti ini pula akan dilakukan pada setiap bulan. Ianya 10x ganda lebih baik dari penerbitan buku konvensional dimana anda hanya akan diberi royalti sekitar 7% dan dibayar hanya 2 kali setahun.

"ZERO" KOS! = TIADA RISIKO!

Ya! Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menerbitkan infoproduk anda bersama kami. Segala kos yang terlibat akan ditanggung oleh pihak kami. Disebabkan tiada sebarang kos yang anda keluarkan, maka, ianya juga bermakna tiada sebarang risiko yang perlu anda tanggungi jika ebook anda tidak berjaya dijual

10,000 AGEN JUALAN

Sehingga kini, pihak kami telah mempunyai lebih dari 10,000 orang affiliate dan jumlahnya semakin bertambah setiap hari. Mereka ini sedia untuk mempromosikan produk anda pada bila-bila masa sahaja

SISTEM JUALAN YANG TELUS

Sebagai seorang penulis, anda akan menerima satu salinan email notifikasi setiap kali ebook anda terjual serta akses ke laporan jualan ebook anda secara masa nyata.

PENDAPATAN PASIF!

Jika anda inginkan pendapatan yang benar-benar pasif! Inilah caranya... Anda hanya perlu tulis ebook sekali sahaja, kemudian selepas itu, anda sudah tidak perlu lakukan apa-apa lagi! Tetapi, wang akan tetap masuk ke akaun anda setiap bulan!

SOALAN LAZIM PENULIS!

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diterima oleh pihak kami berkenaan menjadi penulis di klikjer.

S : Siapakah yang boleh menjadi penulis di klikjer.com?

J : Sesiapa sahaja yang mempunyai idea/karya penulisan yang menarik.


S : Bagaimanakah saya ingin menjadi penulis di klikjer?

J : Langkah pertama yang perlu anda lakukan, ialah, dapatkan "Klikjer Author Kit" di http://www.klikjer.com/author.html . Di dalam kit tersebut, terdapat template ebook serta panduan lengkap bagaimana untuk menjadi penulis di klikjer.


S : Berapakah kadar royalti yang dibayar oleh pihak klikjer kepada penulis?

J : Di klikjer, kami membayar royalti sehingga 70% dari keuntungan bersih hasil jualan kepada pihak penulis.


S : Bilakah bayaran royalti tersebut akan diterima?

J : Buat masa ini, pihak kami membayar royalti kepada penulis pada setiap bulan. Iaitu pada setiap awal bulan bagi jualan yang terkumpul sebelumnya. Sebagai contoh, hasil jualan pada bulan Januari, akan dibayar pada awal bulan Februari.


S : Ebook bagaimanakah yang diterima oleh klikjer?

J : Buat masa ini, pihak kami hanya menerima ebook berbentuk bukan-fiksyen sahaja. Ebook-ebook yang berbentuk fiksyen seperti novel, puisi, resepi, sajak dan karya sastera, tidak diterima.


S : Bolehkah saya menghantar ebook berbahasa inggeris?

J : Maaf, buat masa ini, kami hanya menerbitkan ebook-ebok berbahasa melayu sahaja.


Jika ada sebarang soalan lain, sila hantarkan soalan anda kepada kami menerusi borang hubungi kami di sini

BERMINAT MENJADI PENULIS DI KLIKJER?

ADDRESS
Shuth Network Sdn. Bhd.(885642-H)
No 23, Jalan 3/64, Baru Bangi, 43650, Selangor.
Malaysia

CONTACTS
Email: support@klikjer.com
Phone / WhatsApp: +6 012 3655625